Busking Anti-Perang

Sesuatu yang sudah sangat lama bermain difikiran kami. Infinatez bermula sebagai sebuah kumpulan vokal yang menjadikan tangga dan lorong shopping shopping complex sebagai tempat latihan. Bermula dilorong TGV di KLCC hingga anak anak tangga Berjaya Times Square hingga ke lorong lorong pejalan kaki KLCC. Belum masuk taman taman, parking lot, kedai makan, stesen LRT hatta didalam tren dan lif. Ketika itu Infinatez masih tidak mempunyai tempat latihan sendiri lalu tempat tempat tersebut kami jadikan medan untuk kami bervokal dan berharmoni.

Kini kami sudah mempunyai tempat latihan yang tetap (persendirian dan studio), sudah agak lama kami tidak menjejakkan kami ketempat tempat yang pernah menjadi playground kami dua tahun yang lalu. Jadi pada awal tahun ini, kami bercadang untuk melakukan sedikit sesi old school. Berbekalkan dengan beberapa lagu ACappella, kami akan berbusking ditempat tempat orang lalu lalang dengan satu mesej yang berbentuk anti peperangan (bagi mengutuk kekejaman rejim yahudi zionis dan polisi antarabangsa US).

Beberapa lokasi sudah dikenal pasti sebagai sesuai dan mungkin kami akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti orang badwi ditanah gurun atau segerombolan orang orang sarkis yang mengadakan persembahan dari tempat ketempat atau orang gipsy yang turut gemar melakukan aktiviti yang sama. Kami tidak akan memberitahu bila, bagaimana dan dimana kami akan lakukannya tetapi yang pasti laporan yang terperinci akan tertera diblog ini setelah kami selesai melakukannya. Terima Kasih.

Lawyers, Organizers and Doctors

Tanggal 26hb Ogos melihat seorang ahli INF yang paling pendiam tetapi nakal walau bermulut agak sarkastik, Encik Benign meraikan penerimaan skrolnya tanda tamatlah pengajian formalnya selama 4 tahun didalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ditangga tangga kampus UIA itu jugalah yang menyaksikan Infinatez mengadakan latihan latihan terawalnya 2 tahun dulu. Alhamdulillah.

Pada hari yang sama juga kami akan mengadakan persembahan di Planet Hollywood bersempena dengan Show Charity Pensi2Warna untuk mengutip derma buat mangsa mangsa bencana yang berlaku di Yogyakarta, Indonesia baru baru ini. Acara yang sepatutnya diadakan di KL Convention Centre itu telah diinjakkan ke Planet Hollywood diatas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Infinatez akan membawa 3 lagu yang akan dinyanyikan dalam bentuk ACappella.

Seminggu selepas ini kami akan ke Putrajaya bagi menjayakan undangan bagi menyerikan sebuah majlis perkahwinan seorang doktor. Persembahan kali ini melihat kami diberi 2 set yang bersadur instrumentals dan ACappella. Show ini sebenarnya sangat ditakuti kerana faktor masa yang sangat singkat ditambah lagi dengan bilangan lagu yang banyak. Namun mungkin kami tidak akan mengalami begitu banyak masalah kerana majoriti dari lagu lagu yang akan dinyanyikan adalah lagu lagu yang pernah bawa.

Selepas dari persembahan di Putrajaya nanti, kami akan berehat buat seketika dan menumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan lagu lagu original kami dan juga kepada projek projek pembuatan lagu melalui ThoseWhoBelieveRecords. Alhamdulillah. Rezeki dari tuhan tak wajar dipertikaikan walaupun bayarannya tak seberapa. TheBelievers mendapat beberapa projek menghasilkan compositions untuk beberapa orang artis dan bakal artis tahun ini. Sebagai satu pembaharuan dan kerja yang lebih efisien, TheBelievers yang terdiri dari beberapa orang komposer lirik, lagu dan muzik, akan bekerja sebagai satu kumpulan. Cara ini juga akan mempercepatkan kerja dan memvariasikan idea untuk sesebuah penghasilan itu. Ia juga membolehkan kami sama sama merasa bayaran kerja dan hasil royalti dari lagu lagu tersebut. Rezeki dari tuhan itu ada baiknya sama sama dirasai.

wah lau.

ShowAlert: pensi2warna

INF will be performing alongside Maliq D
Essentials and some other performers from
Malaysia and Indonesia in a Yogyakarta charity
concert this Saturday night at KL convention
centre KLCC.

This event is sponsored and supported by MTV,
KLue, Malaysian Airlines, KUB malaysia and so
on. Show that you care and come and support us.
The profits from overall ticket sold will be donated
to people who suffered in Yogyakarta

For more info visit:
http://www.pensi2warna.merahputihsociety.org/

a blend of colourful variation of bands, dances and
vocal performances, traditional and modern from both countries.
Infinatez will be doing some Acappella stuff.
Pray for us.

2nd of September

Alhamdulillah. Hasil dari penat lelah kami mempromosikan INF untuk mendapatkan show menerusi kakiseni berbaloi. Advertisement melalui internet merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mempromosikan group kerana networknya begitu besar dan juga mempermudahkan urusan komunikasi. Terdapat beberapa website yang menyediakan ruang untuk group kecil seperti INF mengiklankan bakat mereka kepada umum dan salah satu daripadanya adalah http://www.kakiseni.com.

Baru baru ini kami berjaya mendapatkan satu show menerusi pengiklanan di website tersebut. Jadi insya Allah, pada 2hb September ini kami akan ke Putrajaya untuk menyerikan satu majlis perkahwinan dengan persembahan nyanyian selama 40 minit.

Namun tidak bererti ia adalah satu jalan yang mudah. Kami terpaksa mengadap client tersebut yang mempunyai sebuah klinik di Wangsa Maju, dan mengalunkan sedikit persembahan kecil dihadapan beliau dan tunangnya yang agak cerewet tentang soal pembayaran. Namun semuanya berakhir dengan baik apabila pasangan tersebut bersetuju dengan harga yang kami tawarkan. Alhamdulillah.

Selepas menjalani perjalanan yang memenatkan ke Wangsa Maju, kami terus ke NZ untuk menjamu selera dan mengadakan group meeting yang sudah lama tak dibuat. Selepas itu bergegas pula menemui seorang bakal Client yang ingin menjemput kami untuk menjayakan sebuah persembahan. Show tersebut adalah dibawah tajaan Christian Dior, dan jika hendak diikutkan peluang kami untuk mendapatkan show tersebut terlalu tipis memandangkan beberapa artiste yang sudah established pun telah ditolak begitu sahaja. Namun Insya Allah jika ada rezeki manalah tahu kami dapat meyakinkan pihak penaja tersebut.

Melalui promosi internet juga kami telah berjaya mendapat sebuah slot didalam sebuah charity show yang sangat besar, dalam masa yang terdekat ini. Semalam kami telah bergegas ke Kelana Jaya untuk bertemu dengan pihak penganjur. Walau pada awalnya penganjur tersebut kelihatan teragak agak untuk mengambil kami, tapi setelah kami memperdengarkan sedikit kemampuan kami, mereka terus sahaja bersetuju. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Namun untuk menerangkan detail detail persembahan tersebut mungkin ini bukan masanya lagi namun insya Allah, akan kami updatekan dalam jangka masa yang terdekat ini.

Ada apa dengan Malique & The Essentials? hehehe.

Meetings, Auditions and Ulu Yam

Alhamdulillah. It has been quite a hectic and crazy week for the fellas. We planned to do it from the last 3 or 4 months back, but on the 19th (yesterday) we finally managed to pull it through and shove it off our heads. An Infinatez day out. Sometime, groups should spend some quality times together, putting all issues about musics, vocals and shows aside, to regroup and concentrate on being normal human beings. Friends.

So yesterday, early in the morning (around 7.00 am), with 10 bungkuses of Nasi Lemak, we headed to Ulu Yam. Benign, Syah, Rafique, Andy, Danial and our trustworthy (hehe) field manager, Mr Bard. Our manager, Mr. Freakmie was kinda busy thus unable to join our small day-out trip. Maybe next time.

Its was a refreshing and a joyous trip having to breath the fresh air of the Hutan, getting to rid all sorts of mind disturbing problems out from our heads, not having to think about shows or vocals and stuff. A pure carefree trip it was.

We spent around 4 or 5 hours there, taking dives into the cold, clean and fresh water, sipping the fresh oxygen into our contaminated lungs which really needs extreme "spring-cleaning" due to our heavy smoking habit (Benign especially, a freaking dragon), sitting on the slippery rocks while appreciating God's creations, screaming and splashing water like little girls and made ourselves look like a bunch of bozos, which was fun and got on each others nerve.

We should do this more often. care to join?

Galleria 02

Infinatez: New&Authentic Black and White

http://ifs1.imagefly.info/v/e7/jpg/01hafeez.html
http://ifs1.imagefly.info/v/ec/jpg/01syahan.html
http://ifs1.imagefly.info/v/72/jpg/01rafique.html
http://ifs1.imagefly.info/v/5d/jpg/01danial.html
http://ifs1.imagefly.info/v/69/jpg/01andy.html

Infinatez: Reminisce The Old Days

http://ifs1.imagefly.info/v/11/jpg/10215488_l.html
http://ifs1.imagefly.info/v/c0/jpg/135886652oSxSsl_ph.html
http://ifs1.imagefly.info/v/37/jpg/135888023exLvun_ph.html
http://ifs1.imagefly.info/v/ca/jpg/68474617_l.html

Infinatez: Blast Off Season 1

http://ifs1.imagefly.info/v/38/jpg/1_8050.html
http://ifs1.imagefly.info/v/ae/jpg/7_95f0.html
http://ifs1.imagefly.info/v/1b/jpg/10_307e.html
http://ifs1.imagefly.info/v/c9/jpg/infinatez.html
http://ifs1.imagefly.info/v/6b/jpg/infinatez2.html
http://ifs1.imagefly.info/v/5a/jpg/infinatez3.html
http://ifs1.imagefly.info/v/21/jpg/infinatez5.html

Infinatez: Friends and Families

http://ifs1.imagefly.info/v/0d/jpg/syah.html
http://ifs1.imagefly.info/v/2d/jpg/abangfahmi.html
http://ifs1.imagefly.info/v/de/jpg/yodas.html
http://ifs1.imagefly.info/v/a1/jpg/spaw.html

ThoseWhoBelieveRecords

ThoseWhoBelieveRecordsEnterprise atau TWBR for short merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil dari daya kreativiti dan cita cita untuk melihat sesuatu yang masih mencari ruang untuk bertapak sebelum melakar satu self-establishment mendapat ruang untuk diri mereka sendiri.

Syarikat berbentuk enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal tahun 2006 ini memfokuskan urusan perniagaannya kepada penyelarasan persembahan pentas, event management dan juga song compositions which usually includes compositions of melodies, lyrics and music arrangements.

TWBR bermula pada tahun 2000 apabila Benign bersama seorang rakannya, Dean (kini boss besar Papakerma Records) menubuhkan sebuah label bernama Emolution Records, sebuah label yang pada masa tersebut mengutamakan projek projek reprint dan distribution untuk band punk dan hardcore, namun label tersebut didnt quite make it since a few discouraging problems occured and forcing the idea meet its early end just like that, although some international distribution deals were still under progress. Boleh dikatakan bahawa TWBR merupakan rentetan daripada idea Emolution.

When Benign was admitted to a local university, he carries the idea along with him. Founding solace with the nasyid scene at the university, he resurfaced the idea of having a small independent label as a platform for the local nasyid vocal groups there to produce and distribute their own materials at least within the circulation of the campus. Thus, inspired by the name The Promised Clan (once a label for VE and Ruffedge circa Extreme Pleasure split EP and innuendo), ThoseWhoBelieveRecords was borned.

TWBR helped several nasyid groups in producing their own materials and even helped promoting these groups by releasing promotional newsletters and billboard stickers. TWBR managed to help a local islamic hiphop group release their debut Demo.

But unfortunately, due to Benigns hectic schedule, again TWBR was forced to undergo a long hiatus.

Alhamdulillah, TWBR has already been properly registered and revived with a dedicated, talented, creative crew of masterminds. Let us help you DO IT!

DizizHauWiDo




How did we do it? Itulah persoalan yang mungkin berlegar di kepala sesetengah orang yang mengikuti perkembangan kami sejurus selepas kami memberanikan diri menemukan sesuatu yang segar dan baru dalam scene RnB underground malaysia. Sebenarnya impian untuk menerbitkan sesuatu sudah menjadi salah satu daripada impian impian setiap anak anak nakal Infinatez, jadi untuk merealisasikan sesuatu, kita seharusnya berani menerima risiko. Just Do it bak kata iklan Nike.

Infinatez circa 2004/2005, sepertimana yang diketahui oleh teman teman terdekat adalah merupakan group RnB yang paling miskin. hehe. Kami tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan untuk membeli baju baju baru RnB dan barang barang kemas RnB (blings) seperti mana beberapa kumpulan lain in the same genre. Infinatez sememangnya sebuah kumpulan anak anak nakal yang miskin. haha. Masih lagi jelas diingatan bagaimana kami keluar untuk membeli baju di carefour dalam persiapan untuk ke Blast Off musim pertama yang disiarkan di Astro awal tahun lalu. Masing masing tak cukup duit, maka terpaksalah satu persidangan diadakan bagi mengumpul duit duit yang ada dengan bersila dilantai carefour itu. haha..

Back to the topic. We managed to go against the odds by releasing a fully self released professional demo called "The Beginning" (TB) in an era where no one thought that such thing existed and possible. I know that there are some groups longing to produce and release their own materials but most probably do not know in what form the materials should be released. I bet a Demo would be the last thing they would think of. And one other thing that most probably hold them back is the question on quality.

For me, Quality is something subjective and undefined. Personally i believe that theres no such thing as a fixed quality in singing, since it differs from a person to another. A bad record to you might be a good record to me. vice versa. For example, for me the production quality in Extreme Pleasure is by far better than those of VEs for you or REs Define and Ruffera but you might be of different view. Thats OK since perceptions also differs.

Quality should be a concern in singing and harmonizing but groups shouldnt be too concern about it when it comes to materials of self released (especially by amateurs).

How did we do it? few people knew that the song "puteri" was actually our first single recorded way before the recording session for TB begin. We actually got a few version of that song in different musical arrangement. The original version was a typical Usher-isque RnB type which was recorded in 2004 and was never released due to some technical reasons. Then came the A Cappella version in TB which took more than 3 days to complete since we had to re-figure and re-arrange the whole vocal arrangement. After that benign came out with an acoustic version of that song which was never really used except once for this one show at Sri Aman School. And the last version is an orchestra version which was never fully completed (20% left) due to Benigns lazyness. hahaha.

OK. The majority of the songs and musics in TB were composed by Benign using the easiest sofware available, Fruity Loops. FL is by far one of the most easiest and user friendly software in arranging and composing music and you can actually increase your loops and soundfonts collection by downloading them through the internet using P2P application or just buy the CD at your local computer shops. The point is, no matter what deck (Fruity loops, Cakewalk, Reason just to name a few) you use, the most important thing is your creativity in arranging them. No use of having and using the best deck in the world if you dont have the creativity and innovativity to properly utilize them in doing your arrangments.

To record, you can choose various softwares like soundforge, protools, cubase etc but for that particular demo, we settled with Adobe Audition (formely known as Cool Edit Pro). Its easy to learn and simple. Again, with good knowledge in doing your stuff plus additional features from the softwares, you can have a recording sound no different from those of a real studio. So why waste money if you can do it all at the solace of your own bedroom? haha. We did it thus so can you.

Any questions regarding the usage of Adobe Audition or Fruity loops, dont hesitate to drop us a line. Who knows we can share a few good tips in helping you to DO IT!!!.

Goblog


Papakerma records adalah merupakan antara label label underground yang sangat disegani dengan peranan mereka menganjur dan mengusahakan gigs dan tour untuk band dari luar malaysia, especially japanese bands.

Mereka juga telah pun menerbitkan produksi buku pertama mereka yang diberi judul Goblog yang menghimpunkan hasil hasil karya daripada 13 penulis blog yang aktif dewasa ini. Founder ThoseWhoBelieveRecordsEnt. Encik Benign juga turut mengambil bahagian tetapi bukan sebagai penulis tetapi sebagai pemodal kepada inisiatif yang bagus dari anak anak muda ini secara kecil kecilan. Tambahan lagi kebanyakan penggerak penggerak papakerma records merupakan sahabat sahabat lama Encik Benign.


For mo information on purchase process:

Kelantan hip hoppers?


Menarik. Tertarik. Tiada siapa sangka gelombang underground hiphop melanda juga Kelantan. Negeri kelahiran Encik Hafeez aka Benign. Agak mengejutkan juga kerana sebelum ini kami tidak pernah terdengar pun mengenai kegiatan muzik urban di negeri cik siti wan kembang walau tidak dinafikan negeri tersebut telah melahirkan beberapa penyanyi yang hebat dan berkarisma seperti Misha Omar dan Nora, tapi untuk melihat scene underground hiphop di Kota Bharu mungkin menjadi perkara terakhir yang akan dijangka. Buts awready spreading its wings there thus we salute em Kelantanese. Maybe Infinatez cud work some collabs in the future.

Show em sum luv y'all.
http://kbrepresent.blogspot.com

The Beginning Demo '05

Sebagai informasi tambahan buat mereka yang tak tahu, Infinatez pernah merakam sebuah demo pada tahun 2005 yang diberi tajuk "The Beginning". Tepat dengan judulnya, The beginning merupakan satu simbolik kepada langkah pertama yang mereka harungi untuk menjadikan kumpulan ini seperti apa yang ada pada hari ini.

Demo tersebut mengandungi 6 buah lagu termasuk intro dan outro.
1-Intro
2-Disini Bermula
3-In Luv Again
4-Diziz How We Do
5-Puteri (A Cappella)
6-Outro

Alhamdulillah. Infinatez berjaya memecah tradisi dengan menerbitkan lagu lagu
mereka sendiri dengan hasil titik peluh setiap dari kelima lima ahli asal Infinatez iaitu Syai, Amir, Syah, Rafik dan Hafeez. Apa yang membuatkan kami boleh tersenyum bangga dengan penerbitan The Beginning adalah ia merupakan 100% hasil daya kreativiti kami sendiri dari gubahan lagu, lirik, susunan muzik, vokal, reka bentuk kulit, proses rakaman sehingga ke proses akhir penerbitan seperti percetakan, promosi dan juga penjualan.

Hasil yang kononnya diterbitkan untuk mendapatkan sedikit duit poket itu gagal menjadi sumber kewangan (kerana duit kami terlalu banyak yang flow keluar) tetapi berjaya dengan cemerlang sebagai platform kami mempromosikan Infinatez. Alhamdulillah.

Mata Duitan?

Kadang kadang bila kita nak panggil seseorang performer untuk perform kat majlis kita, perlu sangatlah ambil tahu tentang effort yang telah digemblengkan oleh seseorang entertainer dalam merealisasikan satu performance yang mantap. Jadi kalau mereka mereka ini meminta bayaran yang setimpal, janganlah terlalu cepat untuk berfikiran negatif.

Ambil contoh Infinatez. setiap kali mendapat undangan show, paling kurang lima nam kali practice berjam jam. Meeting untuk pemilihan lagu aje dah makan masa kengkadang sampai satu malam, bertekak tentang lagu apa yang sesuai dan lagu apa yang sesuai. Selalunya bila meeting untuk song selection, kami akan list semua lagu lagu yang difikirkan sesuai untuk dibawa dalam majlis yang kami akan perform. Bila dah list down, memasing akan berdebatlah pros and cons setiap lagu tu. Pening kepala.

Kengkadang penganjur tak nampak apa yang seseorang entertainer tu buat disebalik tabir sebelum dia keluar mengadakan persembahan. Yang para organizer ni tahu, kumpulan yang takde buat album tak perlu ada quotation lansung bayarannya cacamarba. Salah tu. Kadang kadang bila kita nekad untuk mengestablishkan diri sebagai performer, setiap persembahan merupakan repertoire kita. Kumpul banyak banyak dan naikkan harga diri... err service charge tu. hehehe.

Certain certain performer kengkadang ada yang tak mintak sebab dia buat sebagai hobi. Tapi kena gak ingat yang ada certain certain orang (macam INF) buat benda ni sebagai sumber duit poket sampingan. Bayar jangan tak bayar. hehe.

Defoonatez

Most probably INF will be performing for a charity show in the near future. Insya Allah kalau jadi akan kami warwarkan disini.

Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Alvin atau nama manjanya Defoo (disebut difu), kerana semakin hari semakin maju dengan pelbagai kemajuan. Kembangkan sayap manukmu bah. For those who dont know, Defoo merupakan antara manusia manusia yang membantu mempromosikan ThoseWhoBelieveRecordsEnt. Sebuah syarikat yang lahir daripada ruang cipta kreatif anak anak nakal Infinatez. Syabas dan terus maju kami ucapkan kepada Defoo.

Defoo merupakan anak kelahiran Sabah yang nakal dan agak kecil. Wajahnya kecina cinaan bagi memudahkan beliau mengambil kesempatan memperagakan dirinya kepada gadis gadis cina yang disukainya. Benign mengenali Defoo buat pertama kali melalui sebuah forum internet dan pernah bersama sama membangunkan cita cita untuk melihat Scene RnB underground maju melalui Myurban.cjb.net (kini Myurban.net) bersama sama webmasternya iaitu Rizal. Myurban.cjb.net pada masa itu merupakan portal RnB malaysia yang pertama memberi fokus utama kepada kumpulan kumpulan RnB tempatan yang kebanyakannya bergerak secara independen.

Setelah Myurban.cjb.net dihentikan buat seketika, Defoo mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan Souldelite.com yang kini terselah sebagai portal RnB yang berpengaruh dan penting dalam development scene RnB tempatan. Forum yang diperkenalkan melalui SoulDelite ternyata menjadi medan utama untuk kumpulan kumpulan baru mempromosikan aktiviti mereka secara internet dan juga telah mempermudahkan komunikasi diantara kumpulan kumpulan ini.

Kami cintakan defoo!!! (translation: We Love you Defoo!!!)

Tuju Tuju

Semalam Infinatez berkumpul lagi di Rumah Shah Hans atau panggilan mesranya Gehans. Disamping aktiviti lepak seperti bak kata Rafik, macam remaja yang bermasalah, kami menonton rakaman persembahan park royal baru baru ini. Masa tu, boleh la lihat gelagat dan kebongokan masing masing apabila berdepan dengan kamera. Semua jadi orang Pagan. Bersama sama pada malam tersebut adalah Andy, Benign, Gehans, Rafik dan Bard.

Namun persembahan tersebut tak banyak cacat cela celanya cuma masalah pitching dan nervousness (?) tu je. But Alhamdulillah everything went fine.

Nak dijadikan cerita, selesai saja sesi mengutuk diri sendiri berdasarkan bahan bukti berbentuk pita rakaman tersebut, kami bergerak kekereta dengan harapan untuk menaiki kereta kereta tersebut untuk melunaskan hawa nafsu kami terhadap makan dan minum. lokasi yang hendak dituju adalah warung Khalil (ex-Crescendo) yang terletak somewhere sekitar Taman Dagang, if I was not mistaken. Tetiba kami ternampak bebola api berlalu laju melintasi kawasan perumahan tersebut.

Syah yang merupakan orang yang pertama menampaki bola bola api tersebut dengan pantas memberitahu rakan rakannya yang sedang rancak berbual. Benign dengan penuh excited terus menuding jarinya kearah bola bola api tersebut sambil berkata "apa tu? Apa tu?".

Sejurus sahaja Benign menunjukkan kearah bola bola tersebut dengan tak semena mena bola bola api tersebut mengecil dan terus padam. Warnanya kuning terang, berekor panjang seperti komet tetapi pada ketinggian lebih kurang bangunan 3 tingkat sahaja.

Benign yang masih terpinga pinga kerana menyangka ia hanya mercun roket yang mungkin dimainkan oleh jiran jiran Syah yang mesra, agak terkejut apabila diceritakan bola bola api yang dinampakinya itu adalah tuju tuju.

Tuju tuju ni adalah sejenis perbuatan sihir ilmu hitam dimana sesuatu, selalunya santau, dihantar kerumah mangsa. Ilmu ini ada pula pantang larangnya. Apabila ditegur oleh sesiapa yang melihatnya, dia akan menjadi tawar. Jadi apa yang kami nampak pada malam tersebut adalah seekor tuju tuju sedang terbang ke destinasinya. Oleh kerana ditegur oleh anak anak nakal Infinatez maka cita citanya terpadam ditengah jalan.

Masya Allah. Inilah masalah umat islam melayu pada hari ini. Tak pernah surut dari perasaan dengki mendengki. Kenapa perlu ada ilmu ilmu seperti santau dan sebagainya ini? Sukarkah untuk kita menadah tangan turut bersyukur kerana majunya seorang umat Muhammad yang lain? Kenapa perlu mengahncurkan sesama sendiri? Ingatlah. Didunia kita mungkin boleh terlepas dan merasa puas dengan perbuatan dengki khianat kita, tetapi dunia ini sementara saja, kekal abadi kita di Akhirat sana.

berbalik kepada cerita. selepas daripada peristiwa ngeri tersebut, kami ke Warung Khalil dan jumpa pula dengan Zhariff (ex crescendo) bersama teman wanitanya Tanne disitu. Selepas berlepakkan selama beberapa jam sehingga Bapa Khalil (The Owner) tutup kedai. Kami pula dengan selambanya berpindah ke meja kedai mamak yang bukanya 24 jam tanpa mengenal penat lelah. Oh ya. lupa. Kami juga terlupa untuk membayar air dikedai Khalil. haha

galeri gambar 1
















































































Biografi Mini

Anak muda yang bernama Muhammad Yasir Shah Bin Abdul Aziz ataupun nama pentasnya Shah Hans ini dilahirkan pada 26 Januari 1985. Anak jati Selangor yang begitu meminati RnB & Soul ini juga adalah ahli yang paling rajin mendalami ilmu vokal bagi memperkemaskan vokalnya sekaligus memperkasakan persembahan pentas Infinatez. Beliau bertanggungjawab sebagai Bendahari ataupun the financial controller untuk Infinatez disamping bertindak sebagai penyusun vokal dan harmoni serta berkebolehan mencipta lagu dan senikata. Diatas stage Shah Hans dikenali sebagai seorang vokalis yang suka mengamuk dengan vokalnya hasil dorongan penjiwaan dan passion yang dirasai ketika membuat persembahan. Antara pengalamannya yang paling berharga adalah ketika terpilih untuk menjadi Koir mengiringi Malaysian Philharmonic Orchestra dan menjadi koir untuk hazami di Anugerah Juara Lagu 06 (AJL06) yang mana telah menyaksikan Hazami memenangi anugerah vokal terbaik pada malam anugerah tersebut. Selain daripada itu, beliau juga pernah mengadakan persembahan bersempena dengan ulang tahun Radio Television Malaysia (RTM) yang ke 60 dan persembahan tersebut telah ditayangkan secara live menerusi RTM. Meminati warna oren dan berkebolehan bermain gitar, Shah Hans adalah salah satu bentuk yang mencorak identiti infinatez.


Mohd Rafiq Mohd Taib ataupun nama pentasnya Rafiq dilahirkan pada 3 April 1984. beliau memulakan perjalanan seninya dengan nasyid dan penyanyi latar untuk teater Negara. Dalam pada masa yang sama, dia mula mencorak kekuatan vokalnya dan memantapkan lagi kekuatan vokal harmoninya agar beliau dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk infinatez. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini begitu meminati muzik RnB dan kini mula mendalami muzik utama yang lain seperti Jazz. Beliau, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang meningkat maju, bertanggung jawab memastikan welfare setiap ahli kumpulan Infinatez terjaga. Dia juga seorang yang teliti dalam perancangan, dan ini banyak membantu Infinatez apabila perlu mengadakan persembahan di luar Lembah Kelang. Dikenali diatas pentas sebagai vokalis yang mempunyai suara yang paling lunak dan merdu sering tidak menghampakan pendengar dalam memberi persembahan yang terbaik dan bertenaga. Disamping itu, beliau juga bertanggung jawab sebagai pencipta lagu dan penulis lirik untuk Infinatez. Antara pengalamannya selain daripada menjadi penyanyi latar untuk teater Negara adalah ketika menyertai Koir untuk Hazami diMalam Anugerah Juara Lagu 2006 (AJL06).

Danial ataupun nama penuhnya, danial Mohd Hahim adalah merupakan anggota Infinatez yang paling baru. Beliau yang mempunyai perwatakan ceria ini dilahirkan pada 5 Januari 1983 dan berasal dari Selangor. Begitu meminati muzik RnB & Soul dan sangat mendalami karya karya hebat dari Boyz II Men, Kci & Jojo dan Innuendo. Kini melanjutkan pembelajaran vokal secara formal di UITM Shah Alam menunjukkan beliau sememangnya sangat serius didalam bidang nyanyian ini. Anak muda yang gemar bermain gitar ini, dikenali dan disenangi ramai bukan sahaja kerana perwatakannya yang low profile dan peramah, malah kerana kekuatan vokalnya yang mampu membuatkan pendengar terpaku. Mempunyai vokal yang lunak, merdu dan range yang tinggi sememangnya menjadi aset yang sangat berguna kepada Infinatez selain kemahirannya mencipta lagu dan menulis lirik. Beliau pernah dijemput oleh banyak kumpulan vokal termasuk yang sudah merakam album, untuk menyertai kumpulan kumpulan mereka tetapi beliau menolak dengan baik. Kesudiannya untuk bersama Infinatez merupakan peluang yang terbaik untuk kedua dua belah pihak berkongsi dan memberi sumbangan daripada satu kepada satu yang lain.

Beliau dikenali diatas pentas sebagai Hafeez atau nama penuhnya Nor Hafeez Nurul Hadi. Anak muda yang berasal daripada Kelantan ini dilahirkan pada 9 November 1982. Beliau memulakan langkah sebagai penasyid sebelum berubah angin menubuhkan sebuah kumpulan RnB yang bersifat lebih global. Beliau bertanggung jawab membantu menguruskan Infinatez disamping mencipta lagu dan lirik. Beliau juga berkemahiran menggubah muzik dan ini secara tidak lansung menjadi aset yang penting didalam kumpulan. Minatnya terhadap muzik adalah berbentuk universal dimana beliau mendalami hampir semua jenis lagu dari RnB kepada Jazz hingga ke Rock dan Metal. Ini banyak memberi idea yang lebih bervariasi dalam proses penggubahan sesebuah lagu. Tugasnya diatas pentas adalah melengkapkan lagi harmoni yang sedia ada dan memastikan kualiti harmoni Infinatez berada didalam peringkat yang terbaik. Antara pengalamannya adalah menjadi penyanyi latar untuk beberapa artis nasyid sepanjang penglibatannya didalam dunia nasyid dan pernah menyumbangkan lagu kepada beberapa artis nasyid dan bukan nasyid yang sedang meningkat naik dewasa ini.

Anak muda yang bernama Andy Ariffin Marican atau lebih senang dikenali sebagai Andy berasal daripada Perak dan dilahirkan pada 2 Jun 1983 ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik. Memasuki kelas muzik seawal empat tahun sudah cukup untuk membuktikan pengetahuan beliau dalam pembelajaran muzik begitu berguna untuk infinatez. Beliau mampu menguasai alat alat muzik seperti Drum, Gitar, Bass dan Organ dengan baik selain penguasaannya didalam memantapkan jalur jalur harmoni Infinatez. Selain daripada seorang pemuzik yang berbakat, beliau juga berkemahiran mencipta lagu dan lirik disamping kemampuannya menyusun lagu dan vokal menambahkan lagi fleksibiliti Infinatez sebagai sebuah kumpulan vokal yang serba boleh. Merupakan seorang yang begitu komited dan sistematik. Banyak membantu dalam pengurusan dan penyusunaturan Infinatez agar lebih tersusun disamping menjadi think tank bagi memastikan langkah seterus Infinatez untuk terus bernafas didalam arena muzik hari ini. Antara pengalaman yang berharganya adalah pernah mengadakan persembahan bersama Siti Sarah untuk RTM, diundang sebagai ahli koir Hazami untuk Anugerah Juara Lagu dan pernah menjadi part time vocal tutor disalah sebuah pusat latihan vokal sekitar Lembah Kelang.

Study

Malam ni bebudak Infinatez akan berkumpul untuk membuat sedikit study tentang persembahan kitorang kat Hotel Park Royal tu. The Show was OK and it was entertaining to both the audience and us. Rafique and Andy did their part pretty damn well. Cuma beberapa masalah teknikal yang sedikit mencacatkan persembahan pada malam itu dimana mic Shah Hans gagal untuk berfungsi dengan sempurna. But, the sound engineer should be blamed for that since all microphones were properly functioning during the rehearsals. same old same old.

Seriously, having a video cam helps a lot. Sebab bila kita onstage, fokus kita sebagai seorang entertainer tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja. Mana lagi nak jaga vokal solo, mana nak jaga harmoni, nak jaga que, pergerakan dan juga yang paling penting ialah penonton yang sedang menonton persembahan. Semua itu perlu diambil kira. Dengan merakam persembahan, kita boleh menggunakan hasil rakaman sebagai bahan ulangkaji untuk memantapkan lagi persembahan dimasa yang akan datang.

Rasanya ini adalah persembahan Infinatez yang keempat dengan line "New and Authentic", selepas persembahan PTPL, UITM Shah Alam dan Planet Hollywood. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan baik. Danial, yang merupakan anggota terbaru Infinatez dilihat dapat menyesuaikan diri dengan cara harmoni dan aura Infinatez secara keseluruhan.

MySpace dan Wikipedia

kepada pembaca pembaca yang ingin mendapat maklumat yang lebih detail mengenai Infinatez, anda bolehla melawat infinatez di wikipedia. over there kami dah letakkan hampir kesemua informasi tentang infinatez lebih lebih lagi mengenai sejarah penubuhan infinatez.

Mungkin kami akan meletakkannya disini tetapi on gradual basis and of different version from yang ada kat myspace dan wikipedia. by different version, saya maksudkan sebagai pengolahan bahasa yang berbeza dan mungkin lebih detail.

Shinbokukai.

Pada 28hb Julai 2006 yang lalu bertempat di Park Royal Hotel, Bukit Bintang, INF dijemput untuk menjayakan satu persembahan untuk satu dinner show yang dianjurkan oleh para pelajar dari Universiti Malaya bagi meraikan pelajar pelajar mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit, Jepun.

Oleh kerana kami dipanggil diminit minit akhir maka persiapan lagu lagu pun hanya mengambil kira aspek keselamatan sahaja. Kami ditemani oleh pengurus kami iaitu Abang Fahmi dan Orang Bunyi kami iaitu Encik Bard.

Kami menyanyikan 3 buah lagu termasuk beberapa lagu selitan termasuk sebuah lagu jepun secara acappella. Lagu lagu yang kami bawakan adalah (mengikut susunan) intro-Babygirl (RuffEdge), Belaian Jiwa (innuendo), interlude-imamo (The Gospellers), Anugerah Yang Terindah (Gradasi) dan End Of The Road (boyz II Men). Selepas persembahan kami mengambil masa untuk bergambar dengan sahabat sahabat dari UM sebagai kenangan.

Intro


Assalamualaikum dan salah sejahtera. Kami mulakan bicara dengan kalimah bismillah, dengan nama Allah, semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita senantiasa dilimpahi rahmat. Segala puji bagi Allah, akhirnya Infinatez berbicara secara online setelah dua tahun hanya menyibukkan diri dengan aktiviti aktiviti menyempurnakan undangan persembahan, komposisi lagu dan latihan latihan yang seperti tidak pernah habis. Tapi dengan adanya ruang kecil untuk kami bebicara ini, pastinya akan kami gunakan sebaiknya untuk menyediakan segala informasi dan updates kepada sahabat sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan Infinatez sejak dari awal penubuhannya.

Selain daripada menyediakan ruang untuk kami memberi khabar terbaru dan informasi terkini mengenai kumpulan ini, ruang ini juga akan kami gunakan sepenuhnya sebagai medan untuk kami meluahkan pendapat dan idea idea agar ia boleh dikongsi kepada pembaca.