Tanggal 26hb Ogos melihat seorang ahli INF yang paling pendiam tetapi nakal walau bermulut agak sarkastik, Encik Benign meraikan penerimaan skrolnya tanda tamatlah pengajian formalnya selama 4 tahun didalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ditangga tangga kampus UIA itu jugalah yang menyaksikan Infinatez mengadakan latihan latihan terawalnya 2 tahun dulu. Alhamdulillah.
Pada hari yang sama juga kami akan mengadakan persembahan di Planet Hollywood bersempena dengan Show Charity Pensi2Warna untuk mengutip derma buat mangsa mangsa bencana yang berlaku di Yogyakarta, Indonesia baru baru ini. Acara yang sepatutnya diadakan di KL Convention Centre itu telah diinjakkan ke Planet Hollywood diatas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Infinatez akan membawa 3 lagu yang akan dinyanyikan dalam bentuk ACappella.
Seminggu selepas ini kami akan ke Putrajaya bagi menjayakan undangan bagi menyerikan sebuah majlis perkahwinan seorang doktor. Persembahan kali ini melihat kami diberi 2 set yang bersadur instrumentals dan ACappella. Show ini sebenarnya sangat ditakuti kerana faktor masa yang sangat singkat ditambah lagi dengan bilangan lagu yang banyak. Namun mungkin kami tidak akan mengalami begitu banyak masalah kerana majoriti dari lagu lagu yang akan dinyanyikan adalah lagu lagu yang pernah bawa.
Selepas dari persembahan di Putrajaya nanti, kami akan berehat buat seketika dan menumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan lagu lagu original kami dan juga kepada projek projek pembuatan lagu melalui ThoseWhoBelieveRecords. Alhamdulillah. Rezeki dari tuhan tak wajar dipertikaikan walaupun bayarannya tak seberapa. TheBelievers mendapat beberapa projek menghasilkan compositions untuk beberapa orang artis dan bakal artis tahun ini. Sebagai satu pembaharuan dan kerja yang lebih efisien, TheBelievers yang terdiri dari beberapa orang komposer lirik, lagu dan muzik, akan bekerja sebagai satu kumpulan. Cara ini juga akan mempercepatkan kerja dan memvariasikan idea untuk sesebuah penghasilan itu. Ia juga membolehkan kami sama sama merasa bayaran kerja dan hasil royalti dari lagu lagu tersebut. Rezeki dari tuhan itu ada baiknya sama sama dirasai.
wah lau.
0 comments:
Post a Comment