Sesuatu yang sudah sangat lama bermain difikiran kami. Infinatez bermula sebagai sebuah kumpulan vokal yang menjadikan tangga dan lorong shopping shopping complex sebagai tempat latihan. Bermula dilorong TGV di KLCC hingga anak anak tangga Berjaya Times Square hingga ke lorong lorong pejalan kaki KLCC. Belum masuk taman taman, parking lot, kedai makan, stesen LRT hatta didalam tren dan lif. Ketika itu Infinatez masih tidak mempunyai tempat latihan sendiri lalu tempat tempat tersebut kami jadikan medan untuk kami bervokal dan berharmoni.
Kini kami sudah mempunyai tempat latihan yang tetap (persendirian dan studio), sudah agak lama kami tidak menjejakkan kami ketempat tempat yang pernah menjadi playground kami dua tahun yang lalu. Jadi pada awal tahun ini, kami bercadang untuk melakukan sedikit sesi old school. Berbekalkan dengan beberapa lagu ACappella, kami akan berbusking ditempat tempat orang lalu lalang dengan satu mesej yang berbentuk anti peperangan (bagi mengutuk kekejaman rejim yahudi zionis dan polisi antarabangsa US).
Beberapa lokasi sudah dikenal pasti sebagai sesuai dan mungkin kami akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti orang badwi ditanah gurun atau segerombolan orang orang sarkis yang mengadakan persembahan dari tempat ketempat atau orang gipsy yang turut gemar melakukan aktiviti yang sama. Kami tidak akan memberitahu bila, bagaimana dan dimana kami akan lakukannya tetapi yang pasti laporan yang terperinci akan tertera diblog ini setelah kami selesai melakukannya. Terima Kasih.
1 comments:
ble
Post a Comment