Study

Malam ni bebudak Infinatez akan berkumpul untuk membuat sedikit study tentang persembahan kitorang kat Hotel Park Royal tu. The Show was OK and it was entertaining to both the audience and us. Rafique and Andy did their part pretty damn well. Cuma beberapa masalah teknikal yang sedikit mencacatkan persembahan pada malam itu dimana mic Shah Hans gagal untuk berfungsi dengan sempurna. But, the sound engineer should be blamed for that since all microphones were properly functioning during the rehearsals. same old same old.

Seriously, having a video cam helps a lot. Sebab bila kita onstage, fokus kita sebagai seorang entertainer tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja. Mana lagi nak jaga vokal solo, mana nak jaga harmoni, nak jaga que, pergerakan dan juga yang paling penting ialah penonton yang sedang menonton persembahan. Semua itu perlu diambil kira. Dengan merakam persembahan, kita boleh menggunakan hasil rakaman sebagai bahan ulangkaji untuk memantapkan lagi persembahan dimasa yang akan datang.

Rasanya ini adalah persembahan Infinatez yang keempat dengan line "New and Authentic", selepas persembahan PTPL, UITM Shah Alam dan Planet Hollywood. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan baik. Danial, yang merupakan anggota terbaru Infinatez dilihat dapat menyesuaikan diri dengan cara harmoni dan aura Infinatez secara keseluruhan.

0 comments: