Paparazzi!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih ada yang sudi membaca blog kami walaupun disebabkan oleh masa yang terhad, ia jarang dikemaskini. Kami amatlah sibuk dengan pementasan teater P.Ramlee The Musical yang sedang didalam pementasan di Istana Budaya sekarang. Seperti yang ramai sedia maklum kami memegang watak Paparazzi disamping pendokong pendokong yang sangat hebat seperti Sean Ghazi, Liza Hanim, Datuk Siti Nurhaliza, Atilia, Melissa Saila dan ramai lagi. Kami dapat tahu bahawa tiket juga sudah Sold Out! Alhamdulillah.

Insya Allah selepas dari pementasan ini, boleh la pula melihat kami di pentas nyanyian pula. Disamping itu kami juga sempat mencuri masa untuk merakam lagu original kami yang sudahpun 90% siap. Lagu tersebut merupakan lagu yang dicipta seratus peratus oleh Infinatez dimana Andy bertindak sebagai komposer utama malah menggalas tugas sebagai produser buat kali pertamanya. Ia dirakam di studio yang pernah bertanggung jawab mengeluarkan produk produk hebat dari Innuendo, VE, Ruffedge, Raihan dan banyak lagi iaitu Platinum Studios dibawah seliaan jurutera bunyi yang tidak asing lagi iaitu Illegal. Insya Allah lagu tersebut akan berputar dicorong corong radio tidak lama lagi. Semoga ia mendapat sambutan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua sahabat sahabat dan para pengunjung setia Blog ini.


P. Ramlee the Musical

Salam kasih kepada semua sahabat Pertama sekali kami ingin memohon maaf atas kelewatan meng'update' blog ini. Ini adalah disebabkan schedule kami yang teramat tight. Ada diantara kami yg sibuknya hanya sempat berbuka dengan keluarga sekali dua je. Memang sibuk. Kadang2 tu rasa serba salah malah rindu dengan korang semua. Rindu nak melepak bergurau dengan bebudak INF. Rindu nak melawak dan berforum dgn sahabat2 yg tak pernah putus2 menyokong perjuangan kami. Tapi kalian semua tetap di hati.


Biarpun lambat namun kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa sempena Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik utk kita semua berbanding dgn ramadan2 yg telah lalu.


Its a busy year i must say. We started of with Gangstarz and right after that, P. Ramlee the musical plak came into the picture. 2 production yang sangat besar pengaruhnya. Kepada yang masih belum tau, Infinatez akan beraksi di bawah pimpinan Datin Tiara (producer PuteriGunung Ledang) di dalam teater Muzical terbarunya My name is Remy. Yeah!!!


Infinatez menyanyi, menari dan berlakon..huhuhu!!!


Teater ini mengisahkan naik turun perjalanan anak seni P. Ramlee semenjak dari kecil. Ianya juga berkisar tentang kehidupan peribadi beliau, kisah cinta, persahabatan, karya dan politik negara dan singapura pada waktu itu yang tidak pernah dikupas. Its a great storyline, yang korang takkan dapat tengok di tempat lain, with a little twist, humour and music here and there.Its gonna be awesome guyz! For me personally, I get inspired by this story. Bukan sahaja pada karya beliau, malah cara dia menghasilkan karyanya. Korang memang kena tengok ...


We as a group learned loads of things ere. Being in a musical has given us a new perception of performing arts. We get to work with the best in the industry. Datin Tiara is the producer of the phenomenal Puteri Gunung Ledang, directed by Adlin Aman Ramlie and Zahim Albakri,and choreographed by Pat Ibrahim. Its an honour, serious! And check out the cast. We got Sean Ghazi, Melissa Saila, Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Atilia, Luscious, and of course ourselves.Tak lupa juga ensemble yang terdiri daripada pelajar Aswara (formerly known as ASK) yang memang hebat dan berpengalaman. Vocal plak dibimbing oleh puan Siti Hajar. Dan Music Director ialah Erwin Gutawo yang diimport terus dari Indonesia.Crazy kan looking at those big names. This production is the most highly paid in history of Malaysian Teater. And we are proud to be part of it. Infinatez belajar banyak benda. This whole journey has made us a better performer.


Apa watak kami? Whats our role in the musical?


We play the role of paparazzi. Dalam kata lain, wartawan, journalist atau pihak media yang akan mengupas cerita pasal P.Ramlee nie satu persatu. Pada masa yg sama kami menceritakan bagaimana beliau berusaha keras mengecapi kejayaan. Paparazzi merupakan suatu watak jadian yang akan memberi sedikit perasa terhadap teater, dengan unsur lawak dan fakta sebenar. So untuk tengok hasil kerja kami practice 2 bulan tanpa henti nie saksikan teater tersebut di Istana Budaya selepas raya nie


Paparazzi? Ada apa dengannya?


Andy A. Merican