Intro


Assalamualaikum dan salah sejahtera. Kami mulakan bicara dengan kalimah bismillah, dengan nama Allah, semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita senantiasa dilimpahi rahmat. Segala puji bagi Allah, akhirnya Infinatez berbicara secara online setelah dua tahun hanya menyibukkan diri dengan aktiviti aktiviti menyempurnakan undangan persembahan, komposisi lagu dan latihan latihan yang seperti tidak pernah habis. Tapi dengan adanya ruang kecil untuk kami bebicara ini, pastinya akan kami gunakan sebaiknya untuk menyediakan segala informasi dan updates kepada sahabat sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan Infinatez sejak dari awal penubuhannya.

Selain daripada menyediakan ruang untuk kami memberi khabar terbaru dan informasi terkini mengenai kumpulan ini, ruang ini juga akan kami gunakan sepenuhnya sebagai medan untuk kami meluahkan pendapat dan idea idea agar ia boleh dikongsi kepada pembaca.

0 comments: