A get together Session

Assalamualaikum. Apa kah perkhabaran sahabat sahabat semua. Kami semua Alhamdulillah, beransur pulih sedikit dari demam dan kelesuan yang agak kronik. Tapi berkat doa sahabat sahabat, kami kini semakin beransur baik.

Insya Allah jika tidak ada aral melintang, pada 1 mei nanti bersamaan dengan hari pekerja dimana semua orang tidak akan bekerja dan akan melepakkan diri sahaja di ruang ruang tamu rumah masing masing, INFINATEZ and friends akan mengadakan satu sesi get together bersama rakan rakan. sesi ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahmi diantara Infinatez, kawan kawan lama dan juga kawan kawan baru.


Notes:

* diminta semua yang berminat untuk menyertai, sila tinggalkan nama anda di thread ini.. dan sile specific dgn jumlah kehadiran.

* kepada sesiapa yang berminat, sila membuat bayaran terlebih dahulu kerana kite perlu bayar duit booking.. bayaran boleh di buat melalui acct Maybank 114487027737 atas nama Cik Fadlynna Ilyani Zulkarim atau melalui acct CIMB 14380003169528 atas nama Cik Noor Suhana Ishak

*setelah bayaran di buat, sila e mail nama pembayar, jumlah bayaran, dan sile beritahu acct mane yg anda bank in kan duit di e mail inf.club@gmail.com

*bayaran juge boleh dibuat di dewan MBSA setiap hari Ahad sebelum concert Gangstarz. hanya bayar pada chazy_sou, lynnZ dan freakmie

*tarikh tutup untuk menyerahkan nama dan bayaran adalah pada 25/4/2007

atau lawati
www.infinatez.com/forum

jom kita kasi gegar Chicken Hartz!!!!!!!!

Infinatez.com

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kami ingin menjemput sahabat sahabat yang mungkin masih lagi belum mengetahui tentang kewujudan official website Infinatez, iaitu infinatez.com, untuk melawat website tersebut disamping terus melawati weblog kami disini. Didalam website tersebut terdapat feature feature yang menarik seperti sejarah perkembangan Infinatez secara lengkap, gambar gambar, klip klip persembahan kami yang boleh ditonton secara online via youtube dan juga update update terbaru mengenai aktiviti kami secara formal (berbeza dengan konten blog ini yang lebih santai dan rileks).

Kami juga ingin menjemput anda semua untuk berinteraksi dengan kami melalui forum yang juga merupakan feature istimewa yang boleh didapati di website tersebut. Melalui forum tersebut, anda boleh berkenalan dengan kawan kawan baru, berinteraksi dengan ahli ahli infinatez sendiri, bersembang tanpa had dan juga mengenali infinatez melalui mulut rakan rakannya yang lain.

jangan lupa untuk lawati
www.infinatez.com

INFINATEZ

Selamat Menjadi Tetamu ALLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum kita terus dengan subjek sebagaimana yang tertera sebagai topik untuk post kali ini, disini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan kawan yang selama ini terus menyokong perjuangan kami . Terima kasih juga buat kawan kawan yang sentiasa meluangkan masa untuk menjenguk blog kami dan meluangkan sedikit masa untuk membaca hasil hasil tulisan terus daripada anak anak nakal Infinatez sendiri. Kami masih berdiri sebab anda semua (kenapakah sungguh formal? wakakaka).

Baiklah. Berbalik kepada tajuk, kami ingin mengucapkan kepada sahabat kami yang juga merupakan salah seorang daripada founder Infinatez iaitu Amir Erwan Khalili , SELAMAT MENJADI TETAMU ALLAH. Amir akan bertolak ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada hari ini, Sabtu 7hb April untuk mengerjakan ibadah Umrah. Alhamdulillah, segala puji pujian selayaknya hanyalah terkhusus buat Maha Pencipta Allah 'Azzawajalla. Semoga menjalani perjalanan yang terlindung dari apa yang tidak diingini. Insya Allah.

INFINATEZ

INFINATEZ di JomHeboh Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami ingin meminta maaf kepada para pengunjung setia kerana kekurangan waktu untuk kami memperbaharui konten blog ini buat masa ini diatas kesibukan kami dengan aktiviti-aktiviti yang disusun oleh pihak TV3 bagi peserta peserta Gangstarz. Namun kami tetap akan meluangkan sedikit masa untuk berkongsi apa sahaja informasi terbaru secara terus daripada kami sendiri.

Pada 7 dan 8 April 2007, kami akan berkunjung ke Air Keroh Melaka bagi memeriahkan lagi karnival Jom Heboh yang akan diadakan khusus untuk warga Melaka. Pada bulan yang lalu, kami telah bertandang ke Kuantan dan Alhamdulillah, berjaya sedikit sebanyak menarik perhatian warga negeri Pahang dan seterusnya menghiburkan mereka dengan persembahan kami. Kali ini tiba giliran warga negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pula. Jadi kami amat amat berharap kepada warga negeri Melaka dan Air Keroh khususnya untuk turut bersama sama memeriahkan lagi karnival Jom Heboh kali ini.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan persembahan kami secara live dan melalui kaca television di pentas Jom Heboh Melaka kali ini. Insya Allah kami akan memberi persembahan yang sebaik mungkin. Kami berharap agar sahabat sahabat dapat mendoakan agar kami mampu membuat persembahan yang terhebat khusus untuk warga Melaka.

Teruskan mengundi kami untuk Gangstarz.
INFINATEZ