Infinatez di Layar Tanchap

Salam semua. Minggu terakhir untuk 2007 ini merupakan antara yg tersibuk buat Infinatez dan juga INF sepanjang tahun ini. Ada sesi recording dan juga photoshoot bagi memastikan perjalanan seni Infinatez lebih teratur untuk tahun 2008. Kami sudah bersedia untuk melakukan yg lebih untuk 2008. InsyaAllah kami akan keluar dgn "Double Single" Infinatez awal tahun 2008.

Infinatez juga akan perform dgn kawan2 yg lain di Layar Tanchap 4 Januari 08 bertempat di Galeri Seni Shah Alam. Hari jumaat (malam) tu, klu xde plan eloklah kita sama2 bersantai di Layar Tanchap nanti.

Alvin MY
Infinatez

Ibu berangkat menunaikan Haji

Alhamdulillah, ibu telah pun bertolak untuk menunaikan haji tahun ini. Dan pagi tadi, saya telah menerima SMS darinya yang menyatakan dia telahpun selamat sampai. Alhamdulillah.

Kepada yang masih belum mengenali ibu, Ibu bukan sahaja bonda kepada saya tetapi bonda kepada sekalian Infinatez dan INF

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan ibu saya. Terima kasih kerana mengunjungi dan menziarahi ibu sebelum dia bertolak. Terima kasih kepada semua yang menghantar sms kepada saya mahupun ibu. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yg mengiringi ibu sehingga ke Kompleks Tabung Haji malam semalam.

InsyaAllah, ibu akan mendoakan anda semua terutama sekali yang telah memberi amanah dan segala doa untuk di bawa ke sana. Semoga mendapat haji yang mabrur

Salam dari saya
Andy A Merican