Semalam Infinatez berkumpul lagi di Rumah Shah Hans atau panggilan mesranya Gehans. Disamping aktiviti lepak seperti bak kata Rafik, macam remaja yang bermasalah, kami menonton rakaman persembahan park royal baru baru ini. Masa tu, boleh la lihat gelagat dan kebongokan masing masing apabila berdepan dengan kamera. Semua jadi orang Pagan. Bersama sama pada malam tersebut adalah Andy, Benign, Gehans, Rafik dan Bard.
Namun persembahan tersebut tak banyak cacat cela celanya cuma masalah pitching dan nervousness (?) tu je. But Alhamdulillah everything went fine.
Nak dijadikan cerita, selesai saja sesi mengutuk diri sendiri berdasarkan bahan bukti berbentuk pita rakaman tersebut, kami bergerak kekereta dengan harapan untuk menaiki kereta kereta tersebut untuk melunaskan hawa nafsu kami terhadap makan dan minum. lokasi yang hendak dituju adalah warung Khalil (ex-Crescendo) yang terletak somewhere sekitar Taman Dagang, if I was not mistaken. Tetiba kami ternampak bebola api berlalu laju melintasi kawasan perumahan tersebut.
Syah yang merupakan orang yang pertama menampaki bola bola api tersebut dengan pantas memberitahu rakan rakannya yang sedang rancak berbual. Benign dengan penuh excited terus menuding jarinya kearah bola bola api tersebut sambil berkata "apa tu? Apa tu?".
Sejurus sahaja Benign menunjukkan kearah bola bola tersebut dengan tak semena mena bola bola api tersebut mengecil dan terus padam. Warnanya kuning terang, berekor panjang seperti komet tetapi pada ketinggian lebih kurang bangunan 3 tingkat sahaja.
Benign yang masih terpinga pinga kerana menyangka ia hanya mercun roket yang mungkin dimainkan oleh jiran jiran Syah yang mesra, agak terkejut apabila diceritakan bola bola api yang dinampakinya itu adalah tuju tuju.
Tuju tuju ni adalah sejenis perbuatan sihir ilmu hitam dimana sesuatu, selalunya santau, dihantar kerumah mangsa. Ilmu ini ada pula pantang larangnya. Apabila ditegur oleh sesiapa yang melihatnya, dia akan menjadi tawar. Jadi apa yang kami nampak pada malam tersebut adalah seekor tuju tuju sedang terbang ke destinasinya. Oleh kerana ditegur oleh anak anak nakal Infinatez maka cita citanya terpadam ditengah jalan.
Masya Allah. Inilah masalah umat islam melayu pada hari ini. Tak pernah surut dari perasaan dengki mendengki. Kenapa perlu ada ilmu ilmu seperti santau dan sebagainya ini? Sukarkah untuk kita menadah tangan turut bersyukur kerana majunya seorang umat Muhammad yang lain? Kenapa perlu mengahncurkan sesama sendiri? Ingatlah. Didunia kita mungkin boleh terlepas dan merasa puas dengan perbuatan dengki khianat kita, tetapi dunia ini sementara saja, kekal abadi kita di Akhirat sana.
berbalik kepada cerita. selepas daripada peristiwa ngeri tersebut, kami ke Warung Khalil dan jumpa pula dengan Zhariff (ex crescendo) bersama teman wanitanya Tanne disitu. Selepas berlepakkan selama beberapa jam sehingga Bapa Khalil (The Owner) tutup kedai. Kami pula dengan selambanya berpindah ke meja kedai mamak yang bukanya 24 jam tanpa mengenal penat lelah. Oh ya. lupa. Kami juga terlupa untuk membayar air dikedai Khalil. haha
0 comments:
Post a Comment