Baru baru ini kami berjaya mendapatkan satu show menerusi pengiklanan di website tersebut. Jadi insya Allah, pada 2hb September ini kami akan ke Putrajaya untuk menyerikan satu majlis perkahwinan dengan persembahan nyanyian selama 40 minit.
Namun tidak bererti ia adalah satu jalan yang mudah. Kami terpaksa mengadap client tersebut yang mempunyai sebuah klinik di Wangsa Maju, dan mengalunkan sedikit persembahan kecil dihadapan beliau dan tunangnya yang agak cerewet tentang soal pembayaran. Namun semuanya berakhir dengan baik apabila pasangan tersebut bersetuju dengan harga yang kami tawarkan. Alhamdulillah.
Selepas menjalani perjalanan yang memenatkan ke Wangsa Maju, kami terus ke NZ untuk menjamu selera dan mengadakan group meeting yang sudah lama tak dibuat. Selepas itu bergegas pula menemui seorang bakal Client yang ingin menjemput kami untuk menjayakan sebuah persembahan. Show tersebut adalah dibawah tajaan Christian Dior, dan jika hendak diikutkan peluang kami untuk mendapatkan show tersebut terlalu tipis memandangkan beberapa artiste yang sudah established pun telah ditolak begitu sahaja. Namun Insya Allah jika ada rezeki manalah tahu kami dapat meyakinkan pihak penaja tersebut.
Melalui promosi internet juga kami telah berjaya mendapat sebuah slot didalam sebuah charity show yang sangat besar, dalam masa yang terdekat ini. Semalam kami telah bergegas ke Kelana Jaya untuk bertemu dengan pihak penganjur. Walau pada awalnya penganjur tersebut kelihatan teragak agak untuk mengambil kami, tapi setelah kami memperdengarkan sedikit kemampuan kami, mereka terus sahaja bersetuju. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Namun untuk menerangkan detail detail persembahan tersebut mungkin ini bukan masanya lagi namun insya Allah, akan kami updatekan dalam jangka masa yang terdekat ini.
Ada apa dengan Malique & The Essentials? hehehe.
2nd of September
Harmonized by
Albinaini
on 20 August 2006
Alhamdulillah. Hasil dari penat lelah kami mempromosikan INF untuk mendapatkan show menerusi kakiseni berbaloi. Advertisement melalui internet merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mempromosikan group kerana networknya begitu besar dan juga mempermudahkan urusan komunikasi. Terdapat beberapa website yang menyediakan ruang untuk group kecil seperti INF mengiklankan bakat mereka kepada umum dan salah satu daripadanya adalah http://www.kakiseni.com.
0 comments:
Post a Comment