Anak muda yang bernama Muhammad Yasir Shah Bin Abdul Aziz ataupun nama pentasnya Shah Hans ini dilahirkan pada 26 Januari 1985. Anak jati Selangor yang begitu meminati RnB & Soul ini juga adalah ahli yang paling rajin mendalami ilmu vokal bagi memperkemaskan vokalnya sekaligus memperkasakan persembahan pentas Infinatez. Beliau bertanggungjawab sebagai Bendahari ataupun the financial controller untuk Infinatez disamping bertindak sebagai penyusun vokal dan harmoni serta berkebolehan mencipta lagu dan senikata. Diatas stage Shah Hans dikenali sebagai seorang vokalis yang suka mengamuk dengan vokalnya hasil dorongan penjiwaan dan passion yang dirasai ketika membuat persembahan. Antara pengalamannya yang paling berharga adalah ketika terpilih untuk menjadi Koir mengiringi Malaysian Philharmonic Orchestra dan menjadi koir untuk hazami di Anugerah Juara Lagu 06 (AJL06) yang mana telah menyaksikan Hazami memenangi anugerah vokal terbaik pada malam anugerah tersebut. Selain daripada itu, beliau juga pernah mengadakan persembahan bersempena dengan ulang tahun Radio Television Malaysia (RTM) yang ke 60 dan persembahan tersebut telah ditayangkan secara live menerusi RTM. Meminati warna oren dan berkebolehan bermain gitar, Shah Hans adalah salah satu bentuk yang mencorak identiti infinatez.
Mohd Rafiq Mohd Taib ataupun nama pentasnya Rafiq dilahirkan pada 3 April 1984. beliau memulakan perjalanan seninya dengan nasyid dan penyanyi latar untuk teater Negara. Dalam pada masa yang sama, dia mula mencorak kekuatan vokalnya dan memantapkan lagi kekuatan vokal harmoninya agar beliau dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk infinatez. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini begitu meminati muzik RnB dan kini mula mendalami muzik utama yang lain seperti Jazz. Beliau, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang meningkat maju, bertanggung jawab memastikan welfare setiap ahli kumpulan Infinatez terjaga. Dia juga seorang yang teliti dalam perancangan, dan ini banyak membantu Infinatez apabila perlu mengadakan persembahan di luar Lembah Kelang. Dikenali diatas pentas sebagai vokalis yang mempunyai suara yang paling lunak dan merdu sering tidak menghampakan pendengar dalam memberi persembahan yang terbaik dan bertenaga. Disamping itu, beliau juga bertanggung jawab sebagai pencipta lagu dan penulis lirik untuk Infinatez. Antara pengalamannya selain daripada menjadi penyanyi latar untuk teater Negara adalah ketika menyertai Koir untuk Hazami diMalam Anugerah Juara Lagu 2006 (AJL06).
Danial ataupun nama penuhnya, danial Mohd Hahim adalah merupakan anggota Infinatez yang paling baru. Beliau yang mempunyai perwatakan ceria ini dilahirkan pada 5 Januari 1983 dan berasal dari Selangor. Begitu meminati muzik RnB & Soul dan sangat mendalami karya karya hebat dari Boyz II Men, Kci & Jojo dan Innuendo. Kini melanjutkan pembelajaran vokal secara formal di UITM Shah Alam menunjukkan beliau sememangnya sangat serius didalam bidang nyanyian ini. Anak muda yang gemar bermain gitar ini, dikenali dan disenangi ramai bukan sahaja kerana perwatakannya yang low profile dan peramah, malah kerana kekuatan vokalnya yang mampu membuatkan pendengar terpaku. Mempunyai vokal yang lunak, merdu dan range yang tinggi sememangnya menjadi aset yang sangat berguna kepada Infinatez selain kemahirannya mencipta lagu dan menulis lirik. Beliau pernah dijemput oleh banyak kumpulan vokal termasuk yang sudah merakam album, untuk menyertai kumpulan kumpulan mereka tetapi beliau menolak dengan baik. Kesudiannya untuk bersama Infinatez merupakan peluang yang terbaik untuk kedua dua belah pihak berkongsi dan memberi sumbangan daripada satu kepada satu yang lain.
Beliau dikenali diatas pentas sebagai Hafeez atau nama penuhnya Nor Hafeez Nurul Hadi. Anak muda yang berasal daripada Kelantan ini dilahirkan pada 9 November 1982. Beliau memulakan langkah sebagai penasyid sebelum berubah angin menubuhkan sebuah kumpulan RnB yang bersifat lebih global. Beliau bertanggung jawab membantu menguruskan Infinatez disamping mencipta lagu dan lirik. Beliau juga berkemahiran menggubah muzik dan ini secara tidak lansung menjadi aset yang penting didalam kumpulan. Minatnya terhadap muzik adalah berbentuk universal dimana beliau mendalami hampir semua jenis lagu dari RnB kepada Jazz hingga ke Rock dan Metal. Ini banyak memberi idea yang lebih bervariasi dalam proses penggubahan sesebuah lagu. Tugasnya diatas pentas adalah melengkapkan lagi harmoni yang sedia ada dan memastikan kualiti harmoni Infinatez berada didalam peringkat yang terbaik. Antara pengalamannya adalah menjadi penyanyi latar untuk beberapa artis nasyid sepanjang penglibatannya didalam dunia nasyid dan pernah menyumbangkan lagu kepada beberapa artis nasyid dan bukan nasyid yang sedang meningkat naik dewasa ini.
Anak muda yang bernama Andy Ariffin Marican atau lebih senang dikenali sebagai Andy berasal daripada Perak dan dilahirkan pada 2 Jun 1983 ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik. Memasuki kelas muzik seawal empat tahun sudah cukup untuk membuktikan pengetahuan beliau dalam pembelajaran muzik begitu berguna untuk infinatez. Beliau mampu menguasai alat alat muzik seperti Drum, Gitar, Bass dan Organ dengan baik selain penguasaannya didalam memantapkan jalur jalur harmoni Infinatez. Selain daripada seorang pemuzik yang berbakat, beliau juga berkemahiran mencipta lagu dan lirik disamping kemampuannya menyusun lagu dan vokal menambahkan lagi fleksibiliti Infinatez sebagai sebuah kumpulan vokal yang serba boleh. Merupakan seorang yang begitu komited dan sistematik. Banyak membantu dalam pengurusan dan penyusunaturan Infinatez agar lebih tersusun disamping menjadi think tank bagi memastikan langkah seterus Infinatez untuk terus bernafas didalam arena muzik hari ini. Antara pengalaman yang berharganya adalah pernah mengadakan persembahan bersama Siti Sarah untuk RTM, diundang sebagai ahli koir Hazami untuk Anugerah Juara Lagu dan pernah menjadi part time vocal tutor disalah sebuah pusat latihan vokal sekitar Lembah Kelang.
Biografi Mini
Harmonized by
Albinaini
on 06 August 2006
0 comments:
Post a Comment