yang tersurat dan yang tersirat

INF adalah satu wadah perjuangan. TWBR adalah satu platform untuk menyuntik sesuatu doktrin kedalam satu badan (industri) yang penuh dengan unsur hedonisme. kami cuba untuk menghasilkan karya karya yang bisa membuat pendengar atau pengamat menggerakkan minda untuk berfikir tentang apa maksud sebenarnya yang ingin kami sampaikan.

tidak salah untuk melakukannya to-your-face tetapi dengan keadaan dimana industri dipenuhi dengan penegak penegak, kecuali sedikit kelompok,dan juga pengusung pengusung (pendengar) industri yang buta dan jahil, kecuali sedikit kelompok, tidak mengizinkan kami berbuat sedimikan.

you have been warned.

The People

The First and foremost

bak kata orang bijak pandai dahulu kala, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Hari pertama berpuasa, kami terpaksa bergegas ke satu lokasi untuk berjumpa dengan seorang client TWBR. alhamdulillah, kami berjaya mengikat deal yang paling baik untuk setiap daripada kami.

selepas daripada perbincangan bersama dengan client tersebut kami bergegas pula untuk ke satu lokasi lain untuk menyiapkan sesi fotografi yang sudah berkurun kurun dirancang tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. namun pada hari tersebut, Encik hafeez dengan dibantu oleh encik Bard berjaya making the boys look good.


rafique



Andy




Hafeez




Danial




Shah Hans

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kepada Maha Suci Allah kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah, maghfirah dan ridhwaanu minaLLah ini iaitu Ramadhan Al Mubarak.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjat jutaan kesyukuran dan juga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan tawaddhu'. Semoga ibadah puasa yang kita jalankan diterima oleh Allah sebagai ibadah yang lengkap dan sempurna.

Tidak pernah ketinggalan untuk Infinatez keluar bersama sama untuk berbuka puasa bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kami. Sila sila lah untuk menyertai kami, Insya Allah.

selamat berpuasa
INFINATEZ

twbr bannah

ThoseWhoBelieveRecordsEnt 2003-2006

to Infinity and beyond

Alhamdulillah. Rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi rezeki adalah sudah tertulis didalam luh mahfuz sebagai takdir. Segala puji bagi Allah. beberapa minggu ini adalah beberapa minggu yang sangat menyibukkan bagi anggota INF sebagaimana yang telah tersedia maklum melalui beberapa posting sebelum ini.

Merenung kembali setahun yang lalu, INF hanya sebuah kumpulan picisan yang tidak berharapkan apa apa melainkan peluang untuk mengadakan persembahan yang tak kira dimana dan tak kira dibayar berapa. yang penting, setahun yang lalu kami hanya ingin mencari stage. Hari ini, Infinatez masih lagi sebuah kumpulan picisan yang sama tetapi boleh menarik nafas lega kerana mampu memobilisasikan minat kami terhadap nyanyian sebagai sumber untuk mendapatkan wang poket.

Tiada sesuatu pun yang hanya ditadah dengan mudah. banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan dan banyak peristiwa jatuh bangun yang terpaksa dilalui bersama sepanjang dua tahun kewujudan infinatez ini. Beberapa hati terpaksa kecewa, beberapa perasaan terpaksa terguris, ada yang kami hilang dan ada yang pergi begitu sahaja. Kadang-kadang tanpa ia dirancang, secara tak sengaja sesuatu yang bermula sebagai minat mampu menjadi sesuatu yang begitu sentimental sehingga melibatkan hati dan perasaan setiap dari kami.

Betapa sukarnya untuk menjaga hati semua pihak dan kami juga tidak malu untuk mengaku yang kami sangat menyayangi bahkan menyintai sahabat sahabat kami tetapi bila mulut mula berbicara, mata mula memandang, telinga mula mendengar, gendang hasad mula dipalu kami terpaksa berundur ke satu penjuru yang kami benci tanpa kerelaan kami.

Tidak pernah berubah. Semangat setia kawan (solidariti) adalah punca kepada Infinatez dan menjadi jawapan kepada soalan kenapa infinatez begini dan kenapa kami masih disini. Apa yang berlaku di masa masa lalu kami ambil sebagai pengajaran yang cukup berguna. Namun hidup perlu terus wahai sahabat sahabat.

kepada kawan kawan kami.
cherish the one u luv.

Hectic siri #2

Pada 17hb Sept sebagaimana yang telah kami war warkan adalah merupakan hari yang sangat sibuk bagi kami untuk kedua dua Infinatez dan ThoseWhoBelieveRecords. Pada tengah hari 17hb tersebut kami bergegas ke Bukit Jelutong untuk bertemu dengan seorang client. Setelah berbincang secara panjang lebar tentang projek yang terpaksa kami pikul, terdapat sedikit sesi brainstorming sambil Hafeez dan Andy mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan makanan tengah hari berbentuk Mee Goreng Mamak.

Dalam pukul 4, kami terus bergegas ke SACC Mall, Shah Alam yang tidak jauh dari tempat kami makan tengah hari, untuk bertemu dengan Abang Mus iaitu Pengurus kumpulan Muziecle untuk berbincang mengenai beberapa perkara. Kebetulan Abang Mus pada hari tersebut mengadakan satu Autoshow disitu dan kami terpaksa dan dipaksa rela untuk mengadakan satu persembahan pendek disitu. kami, secara impromptu, menyanyikan lagu End Of The Road secara Acappella dan Selamanya. Kami mengambil kesempatan melepakkan diri bersama sahabat sahabat kami dari kumpulan vokal Muziecle sambil berkongsi tips tips mengenai nyanyian dan vokal harmoni, dan terus ke restoren berdekatan untuk menikmati makan malam bersama mereka.

Oleh kerana kami terpaksa berjumpa seorang lagi pada pukul 10, kami terpaksa bergegas ke Bangsar dari Shah Alam. Devis Corner sebagai tempat meeting, kami sempat berbincang panjang lebar dengan client tersebut mengenai projek kedua yang kami jalankan ini. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik walaupun kami semua keletihan kerana terpaksa bergegas kesana kemari sambil memeningkan kepala untuk setiap kali sesi brainstorm dan perbincangan.

Mulai minggu ini, bermula minggu minggu busy setiap ahli Infinatez. Sehingga jumpa lagi.

Pendirian INF #1: Pope Benedict XVI haru memohon maaf.

Kenyataan Pope Benedict XVI:
"i quote 'Show me just what Mohammed brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached' "

Kami menuntut pihak Pope Benedict dan Gereja Vatican meminta maaf secara terbuka kerana kenyataan tersebut bukan sekadar menunjukkan kejahilan Pope mengenai Islam malah dilihat sebagai satu cubaan memprovok sensitiviti umat islam seluruh dunia.

INFINATEZ membantah kenyataan tersebut dan bersama sama umat islam sedunia yang lain menuntut agar mereka meminta secara terbuka.


INFINATEZ
Rafique, Andy, Syah, Fahmi, Danial, Bard dan Hafeez

Hectic

Pada 17hb sept hari ni merupakan hari yang sangat membizikan buat the boyz. Hari ini kami telah mengaturkan beberapa pertemuan dengan beberapa pihak untuk kedua dua Infinatez dan ThoseWhoBelieveRecords.

Beberapa hujung minggu ini agak hektik bagi ahli ahli Infinatez. Pada minggu lepas Syah bersama sama dengan The Gospellers mengiringi persembahan hazami dan beberapa artis lain di suatu event yang dianjurkan oleh Media Prima yang bertempat di Sime Darby. Pada jumaat dan sabtu lepas, Hafeez dan Rafique bersama The ACafellaz mengiringi Zamil bagi menjayakan 3 persembahan yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi masing masing bertempat di Mandarin Oriental dan KL convention Centre.

pengalaman yang dikutip daripada persembahan tersebut amat penting untuk kedua dua infinatez dan individual dari segi persembahan pentas, komunikasi dan juga peluang peluang untuk Infinatez dimasa hadapan. Business Card Infinatez tetap juga bertukar tangan kemana sahaja kami pergi. Infinatez tetap menjadi prioriti.

Oh ya, kumpulan orang bunyi kami En. Bard, Muziecle, baru sahaja menjalani uji bakat untuk Blast Off musim ketiga. Good Luck kami ucapkan dan semoga terpilih. Infinatez juga pernah menyertai Blast Off musim pertama bersama sama rakan rakan seperjuangan seperti Four Voices, Soul Dinero dan Siarra. Kami layak ke quarter final malah tidak pernah mendapat kritikan negatif dari pengkritik pengkritik rancangan tersebut. Alhamdulillah.

Designs

INFgreenberet
INFblueleaves
INFChocsplat

marry go round

Sorry sebab terlewat update. Buat masa sekarang ahli ahli INFINATEZ agak sibuk dengan komitmen masing masing. Sehingga beberapa meeting terpaksa dicancel disebabkan oleh kesibukan ini. Disini kami akan cuba mengulas serba sedikit aktiviti ahli ahli INF.

Seperti yang diketahui, Syah menyertai Koir untuk Hazami dan sering mengikuti mereka membuat persembahan mengiringi Hazami. Malah Syah juga berkemungkinan besar akan berfungsi sebagai salah seorang BV (backup vocals) untuk Shades Performance and Art Workshop (SPAW).

Hafeez dan Rafique pula kini akan sering mengikuti Zamil Malaysian Idol dan mengiringinya membuat persembahan. Hafeez, disamping sibuk dengan Latihan Dalam Kamar (Pupilage in Chambers) nya disalah sebuah firma terkemuka sekitar Lembah Kelang, kini agak sibuk menguruskan ThoseWhoBelieveRecordsEnt. Rafique pula baru sahaja menyambung pembelajarannya dalam bidang Business management dalam salah sebuah IPT disekitar Kuala Lumpur dan pada masa luangnya sibuk menguruskan businessnya sendiri.

Andy pula sering berulang alik dari Melawati-Serdang-Cyberjaya atas komitmen kerja tetap meluangkan sedikit masa membantu menguruskan ThoseWhoBelieveRecords tambahan pula kami baru sahaja mendapat beberapa peluang untuk menonjolkan kemahiran kemahiran yang kami. Danial pula sibuk dengan pembelajaran nya di UITM Shah Alam.

sekian buat kali ini.

The Beginning Demo 05 (Re-Issue)

Download here:

This is not the second installment

Putrajaya LakeClub: Wedding dinner


Baru Sampai



INF Posse #1



thr autoblippers



Authentique



INF posse #2



Triad leaders



we sing you moron



we harmonize you imbecile



..and we suck big time



deadly triad leaders



aint we shmokin?


Persembahan: Majlis perkahwinan Dr. Suhaimi dan Puan Serina
Venue: Putrajaya lake Club
pada: 2 september 2006

Pensi2Warna: Opening Untuk Maliq&D'Essentials


Aftermath



Bersama Zaha Crescendo



Wif Them and LynnZ Kalcha



La La La la



Wi'f Falln In laf


Persembahan: Pensi2Warna Charity Show (pembuka lantai untuk Maliq&DEssentials)
Pada: 28hb OGOS 2006
Venue: Planet Hollywood, KL

Sepagi di UIAM


Colourful



Gangsters



what the...



Smile

Melompat kedalam gerabak para band


Jumping on the band wagon merupakan label yang ditakuti oleh kebanyakan group group dewasa ini, kerana ia melibatkan dignity dan reputasi sesebuah group itu, terutamanya group group yang baru ditubuhkan. Matlamat dan tujuan sesebuah group itu tidak tertakluk pada satu perspektif semata mata, tetapi it depends on the intention of each and everyone of the individuals behind that particular group collectively.


Sesetengah group pada hari ini dikumpulkan oleh kapitalis kapitalis tertentu, untuk dijadikan medium mobilisatif atau exploitive tool untuk individu tertentu didalam industri ini, mengautkan keuntungan. Selalunya group group sebegini tidak bertahan lama kerana basis solidaritasnya sebegitu tipis dan as of a representation of an egg shell. You pull the wrong trigger or push the wrong button, it will, by itself, disbanded and destroyed. Ataupun, untuk menyelamatkan keadaan, selalunya anggotanya selalu bertukar ganti, kerana tiada kesesuaian atau of no chemistry. Apa yang paling penting didalam sesebuah group adalah ikatan. Dengan ikatan yang tertentu, sesebuah group itu boleh mempunyai empat atau lima orang kepala yang berlainan prinsip dan falsafah. Tanpanya, sesebuah group itu, boleh tersungkur dalam masa yang sangat singkat.

Ikatan ikatan ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti objektif, interest, experiance, mission atau of more personal value seperti, friendship. Kebanyakan group group yang dikumpulkan atau dibentuk oleh pihak pihak tertentu ini, selalunya akan cuba mencari keserasian selepas mereka digabungkan dan apabila mereka gagal membina satu chemistry yang konkrit mungkin didalam satu dua halaman yang penting, seperti hala tuju kumpulan atau konsep dan penampilan, secara tidak lansung kegagalan ini boleh menjadi that particular wrong trigger or button, seperti yang telah saya jelaskan diatas. Ini adalah kerana mereka dikumpulkan oleh pihak pihak yang God playing didalam industri, yang membuat pilihan bagi mereka, yang mengaturkan segala galanya untuk mereka, up to a point perhaps, mengawal takdir mereka didalam industri.

Bukan tidak ada group group yang ditubuhkan oleh pihak syarikat rakaman dan masih survive sehingga ke hari ini. Sebagai contoh lihat sahaja pada All4One, dimana Jamie, Delious, Tony dan Alfred bukanlah individu yang kenal mengenali sebelum tertubuhnya All4One, tetapi mereka masih kekal didalam industri walaupun sudah berumur sepuluh tahun. Ataupun lihat sahaja group group boyband yang dibentuk oleh produser lagenda Maurice Starr (New Edition, New Kids On The Block) seperti Backstreet Boys dan Nsync. Mereka masih kekal sehingga kehari ini dengan nama dan ahli yang sama malah mungkin boleh dijadikan contoh yang bagus sebagai group group yang memahami aliran resipi mainstream. Tetapi berlainan dengan senarionya diMalaysia. Salah satu faktor kenapa the above mentioned groups masih boleh bertahan dengan moniker dan ahli yang sama adalah faktor kejayaan mereka. Tetapi untuk satu industri yang masih jauh dari kematangan seperti malaysia, adakah itu risiko yang patut dijadikan sebagai satu matlamat?

Terdapat pula group group yang dikatakan sebagai those who jumped on the bandwagon atau terma pendeknya bandwagon bands. Band band bandwagon ini terdiri dari mereka mereka yang senang teruja dengan fenomena. Saya lebih senang menggelarkan group group atau individu individu ini sebagai poseurs atau trendies. Jika komuniti mula mengalami fenomena vocal group, maka setiap orang akan mengambil kesempatan to have, at least, a small chunk of the pie. Kumpulan kumpulan seperti ini juga selalunya tidak lama kerana excitement adalah sesuatu yang tidak akan kekal lama. Ia akan pudar dengan pudarnya fenomena yang dialami.

Excitement are not a good, and of no fundamental, reason to start a group since being in a group which generates on commitment would require more than just being excited. The lack of commitment is the most popular reason for group break ups. Ia merupakan penyebab terpenting dan dalam pada masa yang subsekuen merupakan kunci yang paling fundamental dalam, bukan sekadar pengformasian tetapi juga to maintain the continous existance of the group as well.

People jumped on the bandwagon because people are so easily excited about forming their own bands or group, without even paying attention to the basic fundamentals of the group. Kegagalan untuk memahami dan mengambil berat tentang asas asas atau essential elements yang diperlukan untuk menerushidupkan sesebuah formasi adalah sebab yang paling penting bila perihal komitment ditimbulkan. Namun sepertimana juga groups yang ditubuhkan oleh syarikat rakaman, terdapat juga bandwagon bands yang learned from their mistakes and excitement would possibly becomes a commitment. There is an underground saying about this which goes, everyone starts as a poseur. But usually this type of group would not last long.

Being in a group adalah sama seperti jika anda is in a love relationship with a boysfriend or a girlfriend. Ia memerlukan kesefahaman diantara satu sama, hormat menghormati, kejujuran dan keikhlasan, komitmen, toleransi, sense of belonging towards each other, love, trust dan kepercayaan dan yang paling penting sekali adalah sentiasa memprovok keupayaan sendiri untuk lebih bagus dan maju sebagai sebuah group atau band. If any one of these essential pillars in constructing a group, failed to be properly understood and attended, it can always be the wrong trigger or button in dismantling the group by destruction. So think about the reason, why are you forming your group before actually starts forming one.

Disindiketkan dari Benigns Vault 05

The Composers, The Lyricists, The programmers and The Arrangers

Alhamdulillah, bukan sekadar dikurniakan bakat untuk menyanyi dan membuat persembahan Ahli ahli INF juga dikurniakan bakat sebagai pencipta lagu, penulis lirik, penggubah muzik dan penyusun vokal. Danial, Bard, Andy, Shah, Rafique dan hafeez (TheBelievers) masing masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang cipta mencipta.

Danial sebagai contoh mempunyai beberapa buah lagu akustik ballad yang jika diketengahkan dengan cara yang betul, mampu mengangkat namanya sebagai pencipta lagu dan lirik serba boleh. Begitu juga Rafique yang terbukti mampu menguasai penciptaan lagu lagu bernuansa jazz dengan kreativiti dan olahan sepadan dengan kelunakan suaranya itu. Ini terbukti dengan lagu lagu terbaru ciptaannya untuk Infinatez. Syah pula begitu ampuh dengan nuansa RnB dalam kelibat new school dan nyanyian bersahut yang sangat digemarinya. Andy pula bukan sekadar mampu mencipta melodi melodi old school yang hebat malah juga seorang penggubah muzik yang begitu kreatif dan inovatif. Bard pula mampu menghasilkan lirik lirik yang terbaik walau diatas apa mauduk yang diberikan. Manakala Hafeez selain dari menggubah melodi dan lirik dalam nuansa pop, beliau juga mahir menggubah dan menyusun muzik.

Jika anda menginginkan khidmat TheBelievers, do drop us a line melalui EMail: dwts82@yahoo.com dengan tajuk "TheBelievers" or just just drop us your number here, we'll get back to you. Buat masa sekarang TheBelievers sedang mengintai beberapa peluang untuk meletakkan nama kami sebaris dengan komposer komposer tempatan yang amat kami kagumi seperti Azlan Abu Hassan, Haze, Shortysoul, Ahmad Idzham dan ramai lagi.

Produk pertama yang melibatkan TheBelievers akan muncul dipasaran. Hanya menunggu masa. we'll announce it when the time is right.

Putrajaya lake club show review

Alhamdulillah. Malam tadi kami telah berjaya menyempurnakan tugasan berat menyeri dan menceriakan Majlis makan malam bagi meraikan pasangan Dr. Suhaimi dan Puan Serina yang diadakan di putrajaya lake club.

Kami tiba di Putrajaya lebih kurang pada pukul 6 petang. Sesampainya disana kami terus mengadakan soundcheck dengan dibantu oleh orang bunyi kami iaitu En. Bard dan Abang Man yang merupakan Sound Engineer untuk majlis tersebut. Oleh kerana persembahan dijadualkan akan bermula lebih kurang pada pukul 8.30 malam, kami mengambil waktu yang terluang itu untuk berehat, bergambar dan menikmati permandangan cantik di putrajaya.

Kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Putrajaya yang boleh dikatakan sebagai satu architectural masterpiece kerana kecantikan dan keindahan senibinanya. Selepas sahaja menunaikan solat maghrib, kami terus ke lokasi untuk menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan persembahan.

Lagu lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut adalah seperti berikut: So In Love (All4One), In The Still Of The Night (BoyzIIMen), Selamanya (Innuendo), Imamo (TheGospellers), Anugerah yang Terindah (Gradasi), Just For You (Innuendo), Ratu Hati (innuendo), Ayu (VE), Stand By Me (14karatSoul) dan lagu yang seperti biasa akan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin, Belaian Jiwa (innuendo).

Persembahan kami dibahagikan kepada dua set, dan dibahagikan kepada 20 minit setiap satu set. Kami agak berpuas hati kerana hadirin juga kelihatan agak puas. Kami terpaksa mengalas perut ala kadar kerana hanya diberi masa 15 minit untuk mengisi perut sebelum tiba set kedua.

Setelah tamat persembahan, kami sempat mengadakan sedikit perbincangan mengenai kewangan Infinatez termasuk pembayaran wajib bulanan, hutang dan jumlah duit tabung. Shah yang merupakan financial controller bagi Infinatez menjalankan tugas dengan penuh berhati hati sambil dibantu oleh Rafique dan dimonitor oleh Hafeez dan Andy.

Sebelum pulang kami singgah ke restoren La'Zeez di bersebelahan dengan menara Maxisegar, Pandan dimana Andy berjaya menghabiskan dua pinggan tauhu bakar.

ShowAlert: Putrajaya Lake Club

Alhamdulillah. Pada 2hb Sept 2006, INF akan menyerikan sebuah dinner bagi meraikan the newlyweds, Dr. Suhaimi dan Serina (staff KRU), yang diadakan di putrajaya lake club bermula pada pukul 8 malam. Persembahan kali ini mengambil masa 40 minit dengan hampir 10 buah lagu akan diperdengarkan.

Selain beberapa buah lagu wajib dari Innuendo, antara lagu yang akan dipersembahkan adalah In The Still Of The Night (Ben E King/BoyzIImen), So Much In Love (All4One), Anugerah yang Terindah (Gradasi) dan banyak lagi.

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi all the boyz kerana selepas daripada membuat persembahan pembukaan untuk Maliq & The Essentials (Pensi2Warna: INF menjadi satu satunya wakil dari Malaysia) seminggu yang lepas, kami terpaksa menggunakan masa yang begitu terhad untuk melakukan latihan.

Hendak dijadikan cerita, ketika kami ingin menempah studio untuk latihan (Kami kerap mengadakan latihan studio di SZS Studio, Taman Melawati) sehari sebelum persembahan iaitu malam semalam, terserempak pula dengan lagenda rock Malaysia iaitu kumpulan SEARCH (Amy, Nasir, Yazit, Hillary dan Sessionist, Edrie Hashim), yang sedang melakukan latihan di Studio yang sama. Dapat juga melihat persembahan percuma dari Otai otai rock itu.

Kami juga mendapat tahu yang studio tersebut juga digunakan oleh protege protege Mentor untuk latihan. Bercakap tentang Mentor, tahukah anda bahawa Niel yang comel itu merupakan jiran kepada jejaka Inf, En. Benign? Now you know. hahaha.

Pada malam latihan tersebut, kami juga dilawati oleh rakan rakan kami dari kumpulan Muziecle. Thanks.