Pada 17hb Sept sebagaimana yang telah kami war warkan adalah merupakan hari yang sangat sibuk bagi kami untuk kedua dua Infinatez dan ThoseWhoBelieveRecords. Pada tengah hari 17hb tersebut kami bergegas ke Bukit Jelutong untuk bertemu dengan seorang client. Setelah berbincang secara panjang lebar tentang projek yang terpaksa kami pikul, terdapat sedikit sesi brainstorming sambil Hafeez dan Andy mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan makanan tengah hari berbentuk Mee Goreng Mamak.
Dalam pukul 4, kami terus bergegas ke SACC Mall, Shah Alam yang tidak jauh dari tempat kami makan tengah hari, untuk bertemu dengan Abang Mus iaitu Pengurus kumpulan Muziecle untuk berbincang mengenai beberapa perkara. Kebetulan Abang Mus pada hari tersebut mengadakan satu Autoshow disitu dan kami terpaksa dan dipaksa rela untuk mengadakan satu persembahan pendek disitu. kami, secara impromptu, menyanyikan lagu End Of The Road secara Acappella dan Selamanya. Kami mengambil kesempatan melepakkan diri bersama sahabat sahabat kami dari kumpulan vokal Muziecle sambil berkongsi tips tips mengenai nyanyian dan vokal harmoni, dan terus ke restoren berdekatan untuk menikmati makan malam bersama mereka.
Oleh kerana kami terpaksa berjumpa seorang lagi pada pukul 10, kami terpaksa bergegas ke Bangsar dari Shah Alam. Devis Corner sebagai tempat meeting, kami sempat berbincang panjang lebar dengan client tersebut mengenai projek kedua yang kami jalankan ini. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik walaupun kami semua keletihan kerana terpaksa bergegas kesana kemari sambil memeningkan kepala untuk setiap kali sesi brainstorm dan perbincangan.
Mulai minggu ini, bermula minggu minggu busy setiap ahli Infinatez. Sehingga jumpa lagi.

0 comments:
Post a Comment