ShowAlert: Putrajaya Lake Club

Alhamdulillah. Pada 2hb Sept 2006, INF akan menyerikan sebuah dinner bagi meraikan the newlyweds, Dr. Suhaimi dan Serina (staff KRU), yang diadakan di putrajaya lake club bermula pada pukul 8 malam. Persembahan kali ini mengambil masa 40 minit dengan hampir 10 buah lagu akan diperdengarkan.

Selain beberapa buah lagu wajib dari Innuendo, antara lagu yang akan dipersembahkan adalah In The Still Of The Night (Ben E King/BoyzIImen), So Much In Love (All4One), Anugerah yang Terindah (Gradasi) dan banyak lagi.

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi all the boyz kerana selepas daripada membuat persembahan pembukaan untuk Maliq & The Essentials (Pensi2Warna: INF menjadi satu satunya wakil dari Malaysia) seminggu yang lepas, kami terpaksa menggunakan masa yang begitu terhad untuk melakukan latihan.

Hendak dijadikan cerita, ketika kami ingin menempah studio untuk latihan (Kami kerap mengadakan latihan studio di SZS Studio, Taman Melawati) sehari sebelum persembahan iaitu malam semalam, terserempak pula dengan lagenda rock Malaysia iaitu kumpulan SEARCH (Amy, Nasir, Yazit, Hillary dan Sessionist, Edrie Hashim), yang sedang melakukan latihan di Studio yang sama. Dapat juga melihat persembahan percuma dari Otai otai rock itu.

Kami juga mendapat tahu yang studio tersebut juga digunakan oleh protege protege Mentor untuk latihan. Bercakap tentang Mentor, tahukah anda bahawa Niel yang comel itu merupakan jiran kepada jejaka Inf, En. Benign? Now you know. hahaha.

Pada malam latihan tersebut, kami juga dilawati oleh rakan rakan kami dari kumpulan Muziecle. Thanks.

0 comments: