marry go round

Sorry sebab terlewat update. Buat masa sekarang ahli ahli INFINATEZ agak sibuk dengan komitmen masing masing. Sehingga beberapa meeting terpaksa dicancel disebabkan oleh kesibukan ini. Disini kami akan cuba mengulas serba sedikit aktiviti ahli ahli INF.

Seperti yang diketahui, Syah menyertai Koir untuk Hazami dan sering mengikuti mereka membuat persembahan mengiringi Hazami. Malah Syah juga berkemungkinan besar akan berfungsi sebagai salah seorang BV (backup vocals) untuk Shades Performance and Art Workshop (SPAW).

Hafeez dan Rafique pula kini akan sering mengikuti Zamil Malaysian Idol dan mengiringinya membuat persembahan. Hafeez, disamping sibuk dengan Latihan Dalam Kamar (Pupilage in Chambers) nya disalah sebuah firma terkemuka sekitar Lembah Kelang, kini agak sibuk menguruskan ThoseWhoBelieveRecordsEnt. Rafique pula baru sahaja menyambung pembelajarannya dalam bidang Business management dalam salah sebuah IPT disekitar Kuala Lumpur dan pada masa luangnya sibuk menguruskan businessnya sendiri.

Andy pula sering berulang alik dari Melawati-Serdang-Cyberjaya atas komitmen kerja tetap meluangkan sedikit masa membantu menguruskan ThoseWhoBelieveRecords tambahan pula kami baru sahaja mendapat beberapa peluang untuk menonjolkan kemahiran kemahiran yang kami. Danial pula sibuk dengan pembelajaran nya di UITM Shah Alam.

sekian buat kali ini.

0 comments: