Alhamdulillah. Rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi rezeki adalah sudah tertulis didalam luh mahfuz sebagai takdir. Segala puji bagi Allah. beberapa minggu ini adalah beberapa minggu yang sangat menyibukkan bagi anggota INF sebagaimana yang telah tersedia maklum melalui beberapa posting sebelum ini.
Merenung kembali setahun yang lalu, INF hanya sebuah kumpulan picisan yang tidak berharapkan apa apa melainkan peluang untuk mengadakan persembahan yang tak kira dimana dan tak kira dibayar berapa. yang penting, setahun yang lalu kami hanya ingin mencari stage. Hari ini, Infinatez masih lagi sebuah kumpulan picisan yang sama tetapi boleh menarik nafas lega kerana mampu memobilisasikan minat kami terhadap nyanyian sebagai sumber untuk mendapatkan wang poket.
Tiada sesuatu pun yang hanya ditadah dengan mudah. banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan dan banyak peristiwa jatuh bangun yang terpaksa dilalui bersama sepanjang dua tahun kewujudan infinatez ini. Beberapa hati terpaksa kecewa, beberapa perasaan terpaksa terguris, ada yang kami hilang dan ada yang pergi begitu sahaja. Kadang-kadang tanpa ia dirancang, secara tak sengaja sesuatu yang bermula sebagai minat mampu menjadi sesuatu yang begitu sentimental sehingga melibatkan hati dan perasaan setiap dari kami.
Betapa sukarnya untuk menjaga hati semua pihak dan kami juga tidak malu untuk mengaku yang kami sangat menyayangi bahkan menyintai sahabat sahabat kami tetapi bila mulut mula berbicara, mata mula memandang, telinga mula mendengar, gendang hasad mula dipalu kami terpaksa berundur ke satu penjuru yang kami benci tanpa kerelaan kami.

Tidak pernah berubah. Semangat setia kawan (solidariti) adalah punca kepada Infinatez dan menjadi jawapan kepada soalan kenapa infinatez begini dan kenapa kami masih disini. Apa yang berlaku di masa masa lalu kami ambil sebagai pengajaran yang cukup berguna. Namun hidup perlu terus wahai sahabat sahabat.
kepada kawan kawan kami.
cherish the one u luv.
0 comments:
Post a Comment