Putrajaya lake club show review

Alhamdulillah. Malam tadi kami telah berjaya menyempurnakan tugasan berat menyeri dan menceriakan Majlis makan malam bagi meraikan pasangan Dr. Suhaimi dan Puan Serina yang diadakan di putrajaya lake club.

Kami tiba di Putrajaya lebih kurang pada pukul 6 petang. Sesampainya disana kami terus mengadakan soundcheck dengan dibantu oleh orang bunyi kami iaitu En. Bard dan Abang Man yang merupakan Sound Engineer untuk majlis tersebut. Oleh kerana persembahan dijadualkan akan bermula lebih kurang pada pukul 8.30 malam, kami mengambil waktu yang terluang itu untuk berehat, bergambar dan menikmati permandangan cantik di putrajaya.

Kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Putrajaya yang boleh dikatakan sebagai satu architectural masterpiece kerana kecantikan dan keindahan senibinanya. Selepas sahaja menunaikan solat maghrib, kami terus ke lokasi untuk menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan persembahan.

Lagu lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut adalah seperti berikut: So In Love (All4One), In The Still Of The Night (BoyzIIMen), Selamanya (Innuendo), Imamo (TheGospellers), Anugerah yang Terindah (Gradasi), Just For You (Innuendo), Ratu Hati (innuendo), Ayu (VE), Stand By Me (14karatSoul) dan lagu yang seperti biasa akan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin, Belaian Jiwa (innuendo).

Persembahan kami dibahagikan kepada dua set, dan dibahagikan kepada 20 minit setiap satu set. Kami agak berpuas hati kerana hadirin juga kelihatan agak puas. Kami terpaksa mengalas perut ala kadar kerana hanya diberi masa 15 minit untuk mengisi perut sebelum tiba set kedua.

Setelah tamat persembahan, kami sempat mengadakan sedikit perbincangan mengenai kewangan Infinatez termasuk pembayaran wajib bulanan, hutang dan jumlah duit tabung. Shah yang merupakan financial controller bagi Infinatez menjalankan tugas dengan penuh berhati hati sambil dibantu oleh Rafique dan dimonitor oleh Hafeez dan Andy.

Sebelum pulang kami singgah ke restoren La'Zeez di bersebelahan dengan menara Maxisegar, Pandan dimana Andy berjaya menghabiskan dua pinggan tauhu bakar.

1 comments:

ainfazrin said...
This comment has been removed by a blog administrator.