Hectic

Pada 17hb sept hari ni merupakan hari yang sangat membizikan buat the boyz. Hari ini kami telah mengaturkan beberapa pertemuan dengan beberapa pihak untuk kedua dua Infinatez dan ThoseWhoBelieveRecords.

Beberapa hujung minggu ini agak hektik bagi ahli ahli Infinatez. Pada minggu lepas Syah bersama sama dengan The Gospellers mengiringi persembahan hazami dan beberapa artis lain di suatu event yang dianjurkan oleh Media Prima yang bertempat di Sime Darby. Pada jumaat dan sabtu lepas, Hafeez dan Rafique bersama The ACafellaz mengiringi Zamil bagi menjayakan 3 persembahan yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi masing masing bertempat di Mandarin Oriental dan KL convention Centre.

pengalaman yang dikutip daripada persembahan tersebut amat penting untuk kedua dua infinatez dan individual dari segi persembahan pentas, komunikasi dan juga peluang peluang untuk Infinatez dimasa hadapan. Business Card Infinatez tetap juga bertukar tangan kemana sahaja kami pergi. Infinatez tetap menjadi prioriti.

Oh ya, kumpulan orang bunyi kami En. Bard, Muziecle, baru sahaja menjalani uji bakat untuk Blast Off musim ketiga. Good Luck kami ucapkan dan semoga terpilih. Infinatez juga pernah menyertai Blast Off musim pertama bersama sama rakan rakan seperjuangan seperti Four Voices, Soul Dinero dan Siarra. Kami layak ke quarter final malah tidak pernah mendapat kritikan negatif dari pengkritik pengkritik rancangan tersebut. Alhamdulillah.

0 comments: