INF KLCC street busk the debut

pada 08 haribulan yang lepas, akhirnya INF berjaya juga mengadakan street busking yang telah di rancang seberapa lama. Menyanyi ditangga-tangga dan lorong lorong sememangnya mengembalikan nostalgia yang lama untuk setiap seorang daripada kami. malah dalam beberapa nostalgia tersebut hidup buat kali keduanya.

destinasi pertama adalah lorong lrt putra. lokasi sudah sangat cantik, crowd agak ramai dan sudah mula curious dengan apa yang kami ingin buat. tetapi baru sahaj ingin memulakan persembahan jalanan tersebut, kami dipintas oleh abang multi talented yang mampu membuat empat persembahan dalam satu iaitu menyanyi, bermain harmonika, tamborin dan gitar dan satu masa. sudah pasti kami tewas. lalu untuk menghormatinya kami berpindah.

destinasi kedua adalah Lorong untuk ke KL convention centre. crowd agak ramai (malah sempat terserempak dengan pelakon Darling Ngasri yang agak chomel). kami memulakan persembahan dengan satu lagu opening iaitu lagu so in love dari All 4 one. Done. apabila kami dipertengahan menyanyikan lagu kedua iaitu lagu In the Still of the night dendangan Boyz II men, nostalgia lama berulang. kami dihalau oleh abang guard disitu. cara beliau agak kasar membuatkan ada diantara kami yang sudah mula naik angin tapi memahami beliau hanya menjalankan tugas, kami menghormatinya lalu berpindah lagi.

destinasi terakhir adalah di taman KLCC. Kami sempat menyanyikan beberapa lagu disitu sambil merehatkan diri ditengah tengah kepanas berkabus yang sememangnya membuatkan kami tidak selesa. selepas sahaja tamat sesi disitu (Thank God, disitu tiada abang multi talented dan Pak guard) kami menuju pulang. Yang pastinya ini bukan kali terakhir kami akan berbusking disitu. Percayalah.

kepada sahabat sahabat yang tidak kami jemput, kami minta maaf kerana sesi tersebut adalah sesi percubaan untuk test crowd dan lokasi. Insya Allah, selalu selalulah masuk ke blog ini, kami akan inform bila kami akan adakan sesi sesi seterusnya.

peace.

1 comments:

defoo said...

Ye..sila2lah bgtau saya ok. Klu dpt dtg insya Allah sy dtg.