INF KLCC street busk the debut

pada 08 haribulan yang lepas, akhirnya INF berjaya juga mengadakan street busking yang telah di rancang seberapa lama. Menyanyi ditangga-tangga dan lorong lorong sememangnya mengembalikan nostalgia yang lama untuk setiap seorang daripada kami. malah dalam beberapa nostalgia tersebut hidup buat kali keduanya.

destinasi pertama adalah lorong lrt putra. lokasi sudah sangat cantik, crowd agak ramai dan sudah mula curious dengan apa yang kami ingin buat. tetapi baru sahaj ingin memulakan persembahan jalanan tersebut, kami dipintas oleh abang multi talented yang mampu membuat empat persembahan dalam satu iaitu menyanyi, bermain harmonika, tamborin dan gitar dan satu masa. sudah pasti kami tewas. lalu untuk menghormatinya kami berpindah.

destinasi kedua adalah Lorong untuk ke KL convention centre. crowd agak ramai (malah sempat terserempak dengan pelakon Darling Ngasri yang agak chomel). kami memulakan persembahan dengan satu lagu opening iaitu lagu so in love dari All 4 one. Done. apabila kami dipertengahan menyanyikan lagu kedua iaitu lagu In the Still of the night dendangan Boyz II men, nostalgia lama berulang. kami dihalau oleh abang guard disitu. cara beliau agak kasar membuatkan ada diantara kami yang sudah mula naik angin tapi memahami beliau hanya menjalankan tugas, kami menghormatinya lalu berpindah lagi.

destinasi terakhir adalah di taman KLCC. Kami sempat menyanyikan beberapa lagu disitu sambil merehatkan diri ditengah tengah kepanas berkabus yang sememangnya membuatkan kami tidak selesa. selepas sahaja tamat sesi disitu (Thank God, disitu tiada abang multi talented dan Pak guard) kami menuju pulang. Yang pastinya ini bukan kali terakhir kami akan berbusking disitu. Percayalah.

kepada sahabat sahabat yang tidak kami jemput, kami minta maaf kerana sesi tersebut adalah sesi percubaan untuk test crowd dan lokasi. Insya Allah, selalu selalulah masuk ke blog ini, kami akan inform bila kami akan adakan sesi sesi seterusnya.

peace.

INF ke Spaw

setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke SPAW secara berkumpulan, akhirnya selepas daripada sesi studio INF pada hari sabtu yang lepas, INFINATEZ berkunjung ke Shades Performing and Art Workshoppe yang dikendalikan oleh abang wan crescendo. SPAW adalah ibarat tempat bermulanya kami berguru secara formal untuk mendalami ilmu ilmu vocal. Ada diantara kami yang separuh jalan, ada pula yang suku jalan dan ada pula yang sudah layak mengajar jika diberi peluang untuk mengajar vokal.

Abang Wan adalah seorang guru yang bagus dan baik. banyak yang telah kami terima daripada beliau walaupun pada ketika itu, kami masih belum memulakan sesi pembelajaran kami secara formal. namun beliau tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa sahaja mencurahkan dan berkongsi ilmu ilmu kepada anak anak buahnya. INF yang secara keseluruhannya adalah pelajar pelajar dibawah sayap abang wan sendiri amat bangga dengan apa yang sedang dicapai oleh beliau sekarang dan akan sentiasa membantu dan menyokong perjuangan beliau dalam memartabatkan Vokalisasi RnB di negara ini.

Pada malam tersebut, Kumpulan Crescendo sedang mengadakan rutin latihan harian mereka. memang tidak dapat dinafikan kehebatan line up kumpulan tersebut yang sememangnya bakal membuka banyak mata. Rakaman lagu lagu untuk debut mereka sudah pun berjalan dan video clip untuk tujuan promosi sudah pun dirakam. ada ura ura yang mengatakan mereka akan bernaung dibawah satu label yang dinaungi oleh seorang yang sangat berpengaruh didalam dunia muzik pada hari ini. Namun seeloknya biarlah kita mengambil sikap tunggu dan lihat. walau dibawah seseiapa sahaja mereka bernaung, itu tidak pernah menjadi persoalan.

Sesi latihan tarian mereka begitu hebat. Infinatez harus lebih banyak belajar dari mereka dari segi memventure ke aspek aspek persembahan selain vokal. Deangan latihan senaman yang menakutkan dan sesi latihan vokal setiap hari dengan menyanyikan lagu lagu dari pelbagai genre sememangnya menjadi panduan untuk kami dimasa hadapan untuk memperkuatkan lagi vokal INF agar berjalan sama tinggi dengan mereka. kami sebagai sebuah kumpulan yang baru (2 tahun bukan lah satu jangka masa yang lama) begitu memerlukan inspirasi inspirasi sebegini untuk memperkuatkan lagi kumpulan INF dari luaran dan dalaman.

go go crescendo.
www.myspace.com/crescendosite

INF studio session

Pada 7hb yang lepas, seperti yang telah dirancang selama beberapa minggu akhirnya kami menuju ke studio szs untuk melakukan sedikit sesi pergambaran video untuk memenuhi keperluan resumi kami bagi tinjauan dan rujukan klien klien kami. Bersama kami pada hari tersebut adalah Encik Bard yang baru sahaja baik dari sakit belakangnya dan juga encik fizi atau nama popularnya iaitu peaches and cream.

Kami berbuka puasa di sebuah kedai di kemensah dengan hidangan roti dodai (sejenis roti yang berbentuk sperti roti nan tetapi jauh lebih fluffy dan mengenyangkan. ia juga lebih mahal) dan selepas menunai soalt maghrib di masjid kemensah, kami bergerak ke studio dimana man szs telah sedia menanti dengan cekal. Dalam keadaan yang kelam kabut kami terpaksa menyiapkan rakaman tersebut secepat mungkin kerana pada lewat malam tersebut, lagenda rock search akan menggunakan studio tersebut.

sesi tersebut berjalan dengan lancar cuma beberapa kekurangan dari segi feel dan smoothness kerana kami udaih tidak lama mengadakan latihan. untuk memastikan hasil yang baik untuk sesi rakaman tersebut, kami seharusnya menjalani beberapa sesi latihan dahulu tetapi oleh kerana kesuntukan masa menyebabkan kami terpaksa mengadakannya secara impromptu. Maka seperti yang dijangka, keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ada yang terlupa line, terlupa notes, terlupa lirik dan sebagainya. namun alhamdulillah, kami berjaya juga menamatkan sesi tersebut.

tamat sahaja sesi tersebut kami melepaskan geram di tepi tepi jalan. Kami menyanyikan empat lagu secara street busk yang mana hasilnya seperti biasa adalah lebih baik daripada sesi studio. adlaah menjadi satu kebiasaan untuk INF, sewaktu persembahan kedengaran agak teruk tetapi apabila latihan tanpa mic, kedengaran sangat baik. Mungkin INF alah dengan mic.

ditemani dengan tikus tikus jalan sebesar besar anak ayam, kami menamatkan sesi tersebut dengan riangnya. tetapi tidak kepada andy kerana beliau telah kehilangan dua helai bajunya. simpati.

influences

INF absorbs everything mostly with good singing and good harmony. we derive influences from everywhere, vocal groups from various countries.

try this one for a change. A talented sixtet from Japan, Rag Fair.
http://www.sendspace.com/file/p2j9dv

The day we revolted

Infinatez at Planet Hollywood for Pensi2warna

Being in a singing group is aint easy as it may look. A challenge is always about questioning ourselves, how far do we really wanted to go beyond every boundaries that we may or may not think or even thought of. Development is about challenging ourselves to be the impossible and to erase the word failure, out from our dictionaries.

INFINATEZ, within its two years of existance, had gone through its portion of ups and downs. Experience had always done us good as in always mature us in some way or another, both musically and personally. A rooky we will always consider ourselves to be and greatness is not a reason to look down upon others of the same league.

There will always be thorns along the winding road but as the saying goes as long as it doesnt kill you, it will only turns you stronger. The haters and the so-called "friends" whom never fails every time to degrade us with every single look they took, the backstabbers who talk shit about us behind our backs and the oppoturnist who took advantage upon us. you made us a better group and a better person individually.

As for us, the passion for harmony vocals led us to another dimension of singing. The more complicated the harmonies goes, the more passionate we get. We believe that we have achieved something that previously were only dreams and hopes. The driving factor will always be passion and in the same time having fun doing it would do you no harm.

Thank God we are all still here.