Selamat Menjadi Tetamu ALLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum kita terus dengan subjek sebagaimana yang tertera sebagai topik untuk post kali ini, disini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan kawan yang selama ini terus menyokong perjuangan kami . Terima kasih juga buat kawan kawan yang sentiasa meluangkan masa untuk menjenguk blog kami dan meluangkan sedikit masa untuk membaca hasil hasil tulisan terus daripada anak anak nakal Infinatez sendiri. Kami masih berdiri sebab anda semua (kenapakah sungguh formal? wakakaka).

Baiklah. Berbalik kepada tajuk, kami ingin mengucapkan kepada sahabat kami yang juga merupakan salah seorang daripada founder Infinatez iaitu Amir Erwan Khalili , SELAMAT MENJADI TETAMU ALLAH. Amir akan bertolak ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada hari ini, Sabtu 7hb April untuk mengerjakan ibadah Umrah. Alhamdulillah, segala puji pujian selayaknya hanyalah terkhusus buat Maha Pencipta Allah 'Azzawajalla. Semoga menjalani perjalanan yang terlindung dari apa yang tidak diingini. Insya Allah.

INFINATEZ

1 comments:

Anonymous said...

aik?...ade topik khas utk aku?...ini yg wat aku terharu ni...aku dah pon selamat tiba ke tanah air pada jumaat lepas bersamaan 20 april...alhamdulillah kami sekeluarga sihat...cume aku sakit bahu skit...ehehehehe

alhamdulillah, dapat bertemu korg lagi...tak saba nak gi gath...jumpe di sana kawan2...aku sentiasa mendoakan infinatez...siap sebut nama sorg2 lagi....

thanx again for da topic... i really appreciate it