Dari Meja Benign

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog Infinatez ini. Terima kasih daun keladi kepada semua pelawat yang saya percaya terdiri daripada sahabat sahabat yang terus dan tetap setia menyokong perjuangan Infinatez selama 3 tahun ini. Insya Allah pada 9 haribulan Jun nanti, Infinatez akan berusia 3 tahun. Tarikh keramat tersebut menandakan majunya Infinatez dari merangkak kepada bertatih sehingga boleh berdiri sebagaimana Infinatez pada hari ini. Terima Kasih.

Selama 3 tahun Infinatez berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk memperkenalkan kepada dunia bahawa terdapat harmoni harmoni yang indah jika hati dapat disatukan dan kata dapat disepakati walaupun didalam saat saat kejerumusan dunia ke kancah kancah yang tidak diingini dari sehari ke sehari.

3 tahun masih terlalu singkat untuk menilai keupayaan sebenar anak anak nakal Infinatez. Perjalanan masih jauh dan berliku. Insya Allah, berikan sedikit ruang dan masa untuk Infinatez benar benar mencari nafas untuk mematangkan diri. Ini tidak boleh dilakukan bersendirian. Tanpa sahabat sahabat dan teman teman, tak mungkin Infinatez mampu menuding jari kepada diri sendiri setiap kali mencari ruang lemah untuk diperbaiki. Didalam kamus Infinatez, tidak pernah ada istilah Peminat. Yang ada hanya sahabat, rakan, teman dan taulan. Mereka mereka inilah yang bertanggung jawab meletak Infinatez dimana ia berada sekarang dan semestinya mereka mereka inilah yang akan terus mendokong dan menyokong Infinatez untuk terus berdiri walau bagaimana tekanan arus untuk menolak Infinatez kebawah.

Jika anda berkesempatan, singkaplah kembali cerita cerita Infinatez sebelum kegilaan Gangstarz ini bermula. Anda akan dapati begitu banyak pengalaman yang kami kongsi bersama semata mata untuk mengejar impian. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan. Namun yang pastinya setiap pengalaman itu adalah guru. Banyak pahit manis yang dikongsi bersama. Bukan mudah untuk belajar bertatih sebelum mampunya berdiri.

Saya bangga melihat hasil titik peluh anak anak nakal Infinatez kini membuahkan hasil. Infinatez membesar dalam dakapan ini, namanya terhasil dari mulut ini, Ia merangkak dan bertatih dihadapan mata ini, jatuh bangunnya masih menggelungsur semula kepelukan ini juga. Daripada kenalan kepada kawan kepada sahabat kepada adik beradik. Siapa yang tak bangga? Ramai yang punya cita tapi tak semua mampu terbang diangkasa. Ada yang perlu terus berada dibawah untuk memastikan sang helang itu terus megah menyusur udara. Biar dia terus terbang kepuncak tertinggi, ke puncak yang bernama Infiniti. Amin. Insya Allah.

This is my story.
Benign

2 comments:

Anonymous said...

encik benign...bile mase anda beli meja...

Anonymous said...

sapa lak ni... memang saya plan nak beli meja supaya senang saya membaca buku.. meja yang satu ni dah penuh ngan komputer