Sehari selepas berlangsungnya layar tanchap, bermulalah ekspedisi mendaki Genting Highland utk persembahan yang julung kali diadakan. Lagenda Rn'B Boyz2Men akan mengadakan persembahan di genting Arena Of Stars. Maka anak2 nakal INF sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang tersebut. Not like they will come again in 10 years time!!
Kami berkumpul di Terminal Putra Gombak sebelum menaiki bas. Ampun tak terhingga kepada cik Endera kerana terpaksa meninggalkan beliau angkara saudara Fauzan yg lewat. Makanya kami berlepas dahulu sebelum menaiki skyway cable car.Waktu tue baru kami sedar sebesar2 daniel dia amatlah penakut dan gayat akan ketinggian. Mukanya berubah sama sekali bila di atas. Setelah sampai, kami terus 'check-in' bilik diikuti dgn acara makan tengahari di mana Daniel dan Andy masing2 telah menghabiskan 2 bungkus nasi ayam
Beberapa jam sebelum persembahan bermula, kami sempat bersiar-siar serta membeli-belah sedikit di samping mencuci mata melihat anak2 gadis yg comel. Tak sangka ramai juga sahabat2 yg pergi menonton, ke mana kami pergi mesti ader sahaja kenalan yang menegur. Selepas itu kami bersiap utk menyaksikan show boyz 2 men. Cuaca yang agak teruk serta kabus yg tebal tidak mematahkan semangat kami apatah lagi daniel yg mempunyai banyak lapisan lemak. Ramai juga yang hadir, agak penuh juga crowd malam tue. Persembahan mereka memang classy dan energetic. Selain berseronok, banyak yang kami pelajari dari segi pengawalan vokal hingga ke pementasan. Diorang memang hebat malah penghayatan mereka membuatkan ramai anak2 muda macho terus mengalir airmata hilang macho. Malah kami sempat menjadi stalker dan bersalaman dengan Wanya, Shawn dan Nate. Malam tersebut berakhir dengan menyambut harijadi Shah dan memotong kek
Keesokan harinya setelah bangun kami sempat bermeeting dan pratice sepam dua sebelum pulang. Oh ye, dalam perjalanan pulang kesemua 4 orang duduk di bahagian depan skyway termasuk Daniel membuatkan cable tersebut tidak seimbang dan hampir meragut nyawa kami. Weekend yang sangat seronok...huhu
karya andy
0 comments:
Post a Comment