perjalanan seni

Seperti yang telah dinyatakan di artikel yg terdahulu, INF merupakan satu perjuangan utk merealisasikan impian setiap anak2 nakalnya. Matlamat tersebut bergantung kepada setiap individu di dalam kumpulan tersebut,sekaligus membentuk sejarah dan juga masa hadapan INF. Semuanya mempunyai sebab tersendiri. Mungkin pada awal penglibatan hanya tertumpu kepada keseronokan berharmoni, namun ianya berubah menjadi satu tanggungjawab setelah hampir 3 tahun menyanyi sekali.


Sebulan kebelakangan ini menyaksikan anak2 nakal INF banyak menghabiskan masa memikirkan ke mana seterusnya arah tuju kami. Masing-masing sudah mula berfikir tentang masa depan. Bagaikan mendapat seru, kesemua ahli INF merasakan sudah tiba masanya utk INF maju setapak ke hadapan dan cuba megintai dunia seni 'mainstream'. Ini kerana tempoh 2 tahun telah banyak mengajar kami, dan utk lebih maju kami seharusnya memikirkan yang terbaik utk perjuangan kami. Cuma apa yang kami lakukan hanya sekadar perbincangan dan perancangan. Perlaksanaan tersebut mungkin akan mengambil sedikit masa.


Setelah berbincang, langkah pertama yang kami lakukan ialah dengan berjumpa saudara Zaf VE dan Edris (selaku pengurus) VE. INF diwakili oleh Andy dan Shah telah dijemput ke Platinum studio, Kelana Jaya dan kehadiran kami disambut baik oleh rakan2 VE. Banyak yang dibincangkan pada sesi tersebut, dan ia sememangnya membuka mata kami sekaligus memberi sedikit harapan langkah-langkah yg harus diambil sebelum keluar ke dunia'mainstream'. Mereka banyak memberi galakan dan kata2 positif kepada kami. Sejurus selepas perbincangan, kami di beri 'tour'di studio tersebut di mana kami telah berkesempatan berjumpa dengan 'Illegal', jurutera muzik yg banyak bertanggungjawab melakukan proses adunan semula lagu dan kompisisi. Sesi tersebut berakhir dgn chit-chatdan ramah mesra bersama artis di bawah pengurusan mereka, Quadrose yang baru selesai dengan rakaman single perama mereka


Selesai sahaja kami terus ke rumah Rafiq di Melawati untuk majlis makan-makan. Banyak yang dibincangkan di dalam perjalanan. Namun apa yang boleh dirumuskan ialah pada masa sekarang kami sedang memikirkan bagaimana cara untuk mengetengahkan INF dan muzik yg kami bawa. Masing2 sedang sibuk dengan komitmen, namun keutamaan lebih kepada INF. InsyaALLAH, kami akan berjumpa dengan beberapa artis/penggiat seni ternama pada masa akan datang untuk menimba seberapa banyak ilmu. Jadi rajin-rajinlah melawati blog nie supaya kita dapat berkongsi idea dan sebagainya


Selamat Hari Natal kepada penganut kristian, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat2 muslim dan Selamat Tahun Baru kepada semua. Diharapkan 2007 menjadi satu detik permulaan buat semua


Ada apa dengan 'Gang Stars'?

0 comments: