INF merupakan salah sebuah kumpulan Rn'B yang sangat sinonim dan selalu dikaitkan dengan perkataan 'harmoni'. Dalam pada itu kami juga ingin mengaitkan harmoni bukan sahaja dalam konteks muzik tetapi dalam kehidupan seharian. Saban hari kita menonton kisah peperangan baik di televisyen mahupun akhbar tempatan. Yang pasti peperangan tidak mendatangkan apa2 manfaat malah membawa kemusnahan. Kalau seseorang di hukum kerana membunuh, tetapi sesetengah pihak dibiarkan berperang mengakibatkan ribuan mangsa-mangsa tidak berdosa mati. Namun pihak tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan oleh kerana ianya berlaku atas dasar 'peperangan'.
Peperangan seharusnya dikategorikan sebagai jenayah. Malah ianya harus digelar jenayah antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini saya terbaca mengenai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang akan membuat persidangan bulan depan sebagai sebahagian drpd usaha beliau menjadikan perang sebagai satu jenayah. Persidangan tersebut akan berlansung di PWTC dari 5 hingga 7 Feb, dianjurkan oleh Perdana Global Peace Organisation.
‘ The harmonies we sing should have resembled how men should co-exist with each other. Greed can ruin a perfect harmony. It can also ruin a perfect world. Co-exist in harmony ’
-INF 2007-
0 comments:
Post a Comment