INF studio session

Pada 7hb yang lepas, seperti yang telah dirancang selama beberapa minggu akhirnya kami menuju ke studio szs untuk melakukan sedikit sesi pergambaran video untuk memenuhi keperluan resumi kami bagi tinjauan dan rujukan klien klien kami. Bersama kami pada hari tersebut adalah Encik Bard yang baru sahaja baik dari sakit belakangnya dan juga encik fizi atau nama popularnya iaitu peaches and cream.

Kami berbuka puasa di sebuah kedai di kemensah dengan hidangan roti dodai (sejenis roti yang berbentuk sperti roti nan tetapi jauh lebih fluffy dan mengenyangkan. ia juga lebih mahal) dan selepas menunai soalt maghrib di masjid kemensah, kami bergerak ke studio dimana man szs telah sedia menanti dengan cekal. Dalam keadaan yang kelam kabut kami terpaksa menyiapkan rakaman tersebut secepat mungkin kerana pada lewat malam tersebut, lagenda rock search akan menggunakan studio tersebut.

sesi tersebut berjalan dengan lancar cuma beberapa kekurangan dari segi feel dan smoothness kerana kami udaih tidak lama mengadakan latihan. untuk memastikan hasil yang baik untuk sesi rakaman tersebut, kami seharusnya menjalani beberapa sesi latihan dahulu tetapi oleh kerana kesuntukan masa menyebabkan kami terpaksa mengadakannya secara impromptu. Maka seperti yang dijangka, keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ada yang terlupa line, terlupa notes, terlupa lirik dan sebagainya. namun alhamdulillah, kami berjaya juga menamatkan sesi tersebut.

tamat sahaja sesi tersebut kami melepaskan geram di tepi tepi jalan. Kami menyanyikan empat lagu secara street busk yang mana hasilnya seperti biasa adalah lebih baik daripada sesi studio. adlaah menjadi satu kebiasaan untuk INF, sewaktu persembahan kedengaran agak teruk tetapi apabila latihan tanpa mic, kedengaran sangat baik. Mungkin INF alah dengan mic.

ditemani dengan tikus tikus jalan sebesar besar anak ayam, kami menamatkan sesi tersebut dengan riangnya. tetapi tidak kepada andy kerana beliau telah kehilangan dua helai bajunya. simpati.

4 comments:

Anonymous said...

roti dodai?..yg 2.50 tu ek?...mahal nak mampuih...tapi bole tahan gak la...

tak salah aku, kedai tu kat melawati kan?...kalo tak silap, nama kedai tu "Station Cafe"

kalo btol la itu kedainye, antara speciality kat situ ialah.."kopi candu" dan "teh candu"

Anonymous said...

roti dodai?..yg 2.50 tu ek?...mahal nak mampuih...tapi bole tahan gak la...

tak salah aku, kedai tu kat melawati kan?...kalo tak silap, nama kedai tu "Station Cafe"

kalo btol la itu kedainye, antara speciality kat situ ialah.."kopi candu" dan "teh candu"

Anonymous said...

alamak sori, camne leh klua dua kali ni...ehehehehe...delete la satu

Anonymous said...

aik?...andy ilang dua baju?...camne leh jadi camtu?...sian sian