Ibu berangkat menunaikan Haji

Alhamdulillah, ibu telah pun bertolak untuk menunaikan haji tahun ini. Dan pagi tadi, saya telah menerima SMS darinya yang menyatakan dia telahpun selamat sampai. Alhamdulillah.

Kepada yang masih belum mengenali ibu, Ibu bukan sahaja bonda kepada saya tetapi bonda kepada sekalian Infinatez dan INF

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan ibu saya. Terima kasih kerana mengunjungi dan menziarahi ibu sebelum dia bertolak. Terima kasih kepada semua yang menghantar sms kepada saya mahupun ibu. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yg mengiringi ibu sehingga ke Kompleks Tabung Haji malam semalam.

InsyaAllah, ibu akan mendoakan anda semua terutama sekali yang telah memberi amanah dan segala doa untuk di bawa ke sana. Semoga mendapat haji yang mabrur

Salam dari saya
Andy A Merican

0 comments: