Paparazzi!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih ada yang sudi membaca blog kami walaupun disebabkan oleh masa yang terhad, ia jarang dikemaskini. Kami amatlah sibuk dengan pementasan teater P.Ramlee The Musical yang sedang didalam pementasan di Istana Budaya sekarang. Seperti yang ramai sedia maklum kami memegang watak Paparazzi disamping pendokong pendokong yang sangat hebat seperti Sean Ghazi, Liza Hanim, Datuk Siti Nurhaliza, Atilia, Melissa Saila dan ramai lagi. Kami dapat tahu bahawa tiket juga sudah Sold Out! Alhamdulillah.

Insya Allah selepas dari pementasan ini, boleh la pula melihat kami di pentas nyanyian pula. Disamping itu kami juga sempat mencuri masa untuk merakam lagu original kami yang sudahpun 90% siap. Lagu tersebut merupakan lagu yang dicipta seratus peratus oleh Infinatez dimana Andy bertindak sebagai komposer utama malah menggalas tugas sebagai produser buat kali pertamanya. Ia dirakam di studio yang pernah bertanggung jawab mengeluarkan produk produk hebat dari Innuendo, VE, Ruffedge, Raihan dan banyak lagi iaitu Platinum Studios dibawah seliaan jurutera bunyi yang tidak asing lagi iaitu Illegal. Insya Allah lagu tersebut akan berputar dicorong corong radio tidak lama lagi. Semoga ia mendapat sambutan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua sahabat sahabat dan para pengunjung setia Blog ini.

0 comments: