INFINATEZ - dan ia pun bermula...

Assalamualaikum. Ampun dan maaf pertama kali kami ingin pintakan dari semua sahabat sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada INFINATEZ tanpa mengenal erti penat lelah. Jutaan terima kasih pun tak mampu untuk membalas segala pengorbanan dan keikhlasan kalian dalam menyokong kami sepanjang jerih perih dan getir perjalanan yang terpaksa kami lalui sepanjang Gangstarz.

Betapa kami berasa beruntung kerana punya sahabat sahabat seperti kalian semua yang tidak putus putus memberi undian kalian untuk kami teruskan perjuangan kami. Terkenangkan pengorbanan yang sebegitu besar buat sebuah group kecil yang mula mahu bertapak didalam indutsri ini, membuatkan kami terharu. Benar benar terharu. Jika bukan kerana pengorbanan kalian semua, tak mungkin kami mampu untuk mendaki sehingga ke tahap dimana kami berada sekarang. We love you all unconditionally. We really do. You guys are absolutely the best. No words can comprehend.

Terima kasih juga kami ucapkan buat sahabat sahabat yang tidak putus putus memberi kami kata kata semangat samada melalui telefon, mesej myspace dan friendster dan sebagainya. Tidak dapat kami bayangkan betapa kami sangat sangat dan sangat menghargai setiap daripada patah kata kalian. Ia membina satu kekuatan buat kami. Ya setiap kata kalian itu memberi kekuatan buat Infinatez.

Kami menganggap kami tidak punya rezeki untuk terus bersama Gangstarz dan kami berjanji untuk tidak akan berputus asa dan dan kami akan terus dengan cita cita dan perjuangan kami. Gangstarz memberi kami pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila bila. Malah kerana Gangstarz juga kami berkenalan dengan kalian semua. Jika tidak mungkin kami masih lagi sebuah group kerdil yang hanya menyanyi ditangga tangga kompleks membeli belah sahaja. Tapi ia tidak bermakna dengan exposure yang diberikan melalui Gangstarz kami sudah berasa seperti artis dan merasa kami sebuah group yang hebat dan tidak layak lagi menyanyi ditangga tangga. Percayalah, kami masih lagi seperti dulu, Insya Allah. Kami tidak akan melupakan dari mana kami bermula, Insya Allah. Jadi jangan terkejut jika kalian terserempak dengan kami menyanyi nyanyi di dalam kedai-kedai makan, tangga tangga shopping complex dan sebagainya.
Masih banyak yang kami perlu belajar. Banyak lagi perkara yang kami tidak tahu dan kami akan terus belajar dan Insya Allah akan sentiasa menggunakan segala yang kami pelajari dengan sebaik mungkin dan akan sentiasa terbuka untuk berkongsi apa yang kami tahu buat mereka yang berminat didalam padang kecintaan kami ini.

Doakan kejayaan kami. Be with us. Not behind us but side by side with us.

INFINATEZ
www.infinatez.com/forum

3 comments:

cek^sou! said...

menyanyi di dalam kedai kedai makan.. owh.. saya macam familiar.. ekekekekeke...

jom menyanyi di court futsal pula!

Ana Shirin said...

love the positive attitude.. that's what we need...

for the "more to come" delights, doakan yang terbaik.

Anonymous said...

infinatez akan terus maju....insyaallah....nantikan produk seterusnya dari infinatez... u have my support brothers...all the best