The first hurdle

Pada hari sabtu tanggal 20 Jan menyaksikan hari pertama ujibakat 'gangstarz' yg berlangsung di Times Square. Ianya juga merupakan persinggahan terakhir sebelum tirai audition tersebut dilabuhkan. Thus we were expecting a positive feedback from the crowd since KL has the biggest crowd, talented and for those who missed the cut at other audition would definitely try out the one in KL. Kami sememangnya tidak ingin melepaskan peluang melihat karenah dan aksi para peserta. Secara tidak langsung juga, kami sempat membuat beberapa kawan baru dan mempromosikan souldelite. Hari tersebut berakhir dengan sesi membeli-belah yg diterajui oleh saudara Syai. Meanwhile PZ and rafiq got themselves a new pair of snickers.


Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami hadir pada keesokan hari seawal 10 pagi. Seperti biasa, perkara yang paling penting ialah sesi 'vocalise' yg hampir memakan masa 30 minit. Diikuti pula dengan sesi makeover dan bergambar yang kebanyakannya dikendalikan oleh saudara Pz. Sejurus selepas mengisi borang, kami mulakan langkah dengan bacaan doa oleh Rafiq. Setelah berbincang, kami akhirnya membuat kata putus menyanyikan gradasi 'anugerah yang terindah' dalam bentuk acapella dan lagu 'Solace Of Mind' yang di tulis sendiri oleh Alvin sebagai pembuka kata Selesai sahaja persembahan kami di beri komen oleh pihak juri yang terdiri daripada Pot (innuendo), Juliza Alizan dan Azmeer. Alhamdulillah komen yang diterima kebanyakannya positif, dan kalau pun negatif ianya untuk kebaikan kami juga. Pot memberi komen yang Infinatez merupakan kumpulan terbaik setakat ini sepanjang sesi ujibakat.Manakala Juliza memberi kata2 positif menunjukkan yang dia sangat terhibur dan pada masa sama berkata "you guys are good because you guys compliment and acknowledge each other". Yang penting setiap dari kami sgt bergembira, dan menganggap ianya hanya sekadar show, bukan sesi ujibakat. Sekurang2nya kami tidak rasa gentar atau tertekan.


Namun pengajaran yang paling penting bukan ketika ujibakat dilangsungkan, tetapi sebelum dan selepas itu. Kehadiran sahabat2 bukan sahaja membantu malah mengurangkan lagi stress. Mereka banyak menyokong perkembangan INF sejak hari pertama lagi. Kami sangat2 terharu apabila mereka sanggup menunggu sejak awal pagi sehinggalah sampai ke lewat petang, menunjukkan mereka sangat menitikberatkan kemajuan INF. Sessi bergambar bersama barisan solo INF menunjukkan bagaimana INF mencapai kematangan biarpun terpaksa melalui pertukaran line up beberapa kali. Namun tidak sekali pun kami berpatah semangat. Biar siapa pun yang menyanyi di dalam INF, impian anak2 nakal ini harus dicapai, sungguhpun berlaku lagi pertukaran di masa akan datang. Pokoknya 'keakraban dan persahabatan' merupakan elemen yang penting dalam pembangunan kami. And for that we Thank You...all of you!!!


And to 'Heartz Of Men' and 'First Edition'.....well done


Dari hati,
Andy Ariffin




3 comments:

Anonymous said...

Well, another few months INF will celebrate its 3 year anniversary.. looking back to the early days of INF and seeing how far INF had walked through the test of life and existence itself never fails to make me smile and proud to say: im so proud that im apart of its history and knowing that i got a story to tell my children in the future. You know the most successfull RnB group INFINATEZ child? Yes, your father was once a part of that. kudos

Anonymous said...

you guys had do me proud the other day bak kata Juliza kan "most outstanding performance setakat ini"..reminisce abang shah kita terpaksa menerima hakikat bahawasanya mukanya yang jambu itu telah memikat hati camera man dan terpaksa terpaksa saya mengubah style rambut abang shah kita dan membantu mempromosikan gel brylcream yang kononnya elok untuk rambut kasar.Sememangnya abang shah tega dan terpaksa mengikat rambutnya untuk sesi ujibakat tersebut dengan keluhan "haih.."

Anonymous said...

yeah benign...i feel the same way too....aku akan sentiasa di belakang korg....all the best brothers