The Beginning Demo '05

Sebagai informasi tambahan buat mereka yang tak tahu, Infinatez pernah merakam sebuah demo pada tahun 2005 yang diberi tajuk "The Beginning". Tepat dengan judulnya, The beginning merupakan satu simbolik kepada langkah pertama yang mereka harungi untuk menjadikan kumpulan ini seperti apa yang ada pada hari ini.

Demo tersebut mengandungi 6 buah lagu termasuk intro dan outro.
1-Intro
2-Disini Bermula
3-In Luv Again
4-Diziz How We Do
5-Puteri (A Cappella)
6-Outro

Alhamdulillah. Infinatez berjaya memecah tradisi dengan menerbitkan lagu lagu
mereka sendiri dengan hasil titik peluh setiap dari kelima lima ahli asal Infinatez iaitu Syai, Amir, Syah, Rafik dan Hafeez. Apa yang membuatkan kami boleh tersenyum bangga dengan penerbitan The Beginning adalah ia merupakan 100% hasil daya kreativiti kami sendiri dari gubahan lagu, lirik, susunan muzik, vokal, reka bentuk kulit, proses rakaman sehingga ke proses akhir penerbitan seperti percetakan, promosi dan juga penjualan.

Hasil yang kononnya diterbitkan untuk mendapatkan sedikit duit poket itu gagal menjadi sumber kewangan (kerana duit kami terlalu banyak yang flow keluar) tetapi berjaya dengan cemerlang sebagai platform kami mempromosikan Infinatez. Alhamdulillah.

6 comments:

Ana Shirin said...

I have the demo!!!! hehehehehehe

Albinaini said...

rasanya cik ana antara orang yang pertama dapat kot....

defoo said...

Weh, 2nd demo, or maybe album. Make it available kat souldelite also yer? And whoever ada album or demo, souldelite n myurban is the place ya ;) heh.

Albinaini said...

tak perlu tunggu album.. ada single pun cukuplah.

Ana Shirin said...

saya tak dapat demo tu.. saya pembeli yang tidak menyokong aktiviti mendownload.. hehe

defoo said...

ya..single ;) dgr tu kwn2.