Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nor Hafeez menulis untuk Blog Infinatez buat ke sekian kalinya setelah melihat terlalu lama blog ini terbiar tanpa sebarang warkah buat pembaca, itu pun sekiranya blog ini masih ada lagi para pembacanya.
Saya menulis bukan bagi pihak kumpulan Infinatez tetapi sekadar dari meja sendiri secara personal sebagai individu yang masih lagi berada didalam lingkungan anak-anak nakal infinatez dan juga sekutu sekutunya termasuk juga bekas-bekas anggota kumpulannya.
Persoalan yang mungkin bermain dibenak fikiran saudara dan saudari mungkin berbunyi: Adakah Infinatez masih lagi bernafas untuk tahun 2010? Persoalan tersebut akan cuba saya rungkaikan sebaik mungkin didalam perenggan-perenggan selepas ini.
Jawapannya, Ya. Infinatez masih lagi ada. Sejauh mana keadaan Infinatez dengan aktiviti sebagai sebuah kumpulan nyanyian? Itu tidak dapat saya pastikan. Yang saya tahu, Infinatez masih lagi belum berkubur. Infinatez masih lagi menerima undangan nyanyian, cuma mungkin tidak serancak dahulu.
Mereka kini lebih rancak digelanggang badminton di Wangsa Maju, itu saya pasti. Oh tidak, masing-masing bukannya mencuba nasib untuk menjadi pemain badminton untuk menebus maruah negara yang tercalar didalam kejuaraan piala Thomas baru baru ini. Tidak sama sekali. Mereka tidak mempunyai bakat didalam sukan tersebut apatah lagi seringkali gugup dan kecundang apabila berdepan dengan saya didalam setiap perlawanan.
Kepada yang masih lagi tidak tahu, Infinatez kini adalah: Danial Hashim, Shah Aziz, Rafiq Taib dan Alvin Mahathir. Saya yakin ramai juga telah mengetahui bahawa Andi Ariffin telah pun meninggalkan Infinatez untuk meneruskan perjuangan secara solo dan kini didalam proses untuk menerbitkan album solonya yang pertama.
Alvin Mahathir Yunus kini berada di kampung halamannya di Ranau, Sabah, masih meneruskan aktiviti nyanyian dan persembahan secara solo sebagai projek sampingannya disamping sesekali turun ke Kuala Lumpur untuk persembahan bersama Infinatez. Menggunakan nama Alvin MY, beliau telah berjaya melahirkan EP beliau yang pertama bertajuk Learning You beberapa bulan yang lalu. Oh ya, dia juga telah pun melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya baru baru ini. Saya berdoa agar beliau dan pasangan dikurniakan anak seramai 5 orang untuk meneruskan perjuangan Infinatez dimasa depan kelak.
Shah Aziz pula kini sibuk dengan jemputan-jemputan sebagai penyanyi latar disamping mencipta lagu lagu untuk dijual kepada khalayak ramai dengan harga yang berpatutan. Yang penting, lagu lagunya jauh lebih murah daripada lagu lagu ciptaan Faizal Maas ataupun Pak Ngah. Beliau juga terlibat sebagai penerbit kepada beberapa kumpulan nasyid remaja urban yang meningkat maju seperti In Heart dan juga Kashfy. Terbaru, beliau akan terlibat dengan satu persembahan teater yang saya lupa tajuknya.
Rafiq Taib seperti biasa, masih sibuk menguruskan perniagaannya. Disamping menjadi mangsa kecederaan suka badminton yang memerlukan beliau berehat selama dua bulan sebelum ditewas dan dicederakan sekali lagi oleh saya, beliau juga terlibat sebagai pencipta lagu, penerbit serta jurulatih vokal bagi beberapa kumpulan nasyid disekitar lembah kelang. Beliau, apabila ditemui, masih lagi didalam keadaan ceria kerana baru sahaja menerima kehadiran anak saudara yang pertama didalam sejarah hidupnya.
Danial Hashim pula masih lagi boleh ditemui berkeliaran didalam ruang rakan maya Facebook. Beliau masih lagi menerima undangan nyanyian bersama rakan rakan dari kumpulan RnB tempatan Crescendo pimpinan saudara Irwan Iskandar dari kumpulan RnB terkenal Ruffedge. Sesekali beliau akan berada dipentas bersama dengan Infinatez bagi menjayakan undangan-undangan nyanyian disekitar lembah kelang. Namun beliau lebih banyak menghabiskan masanya sebagai pemain Play Station sepenuh masa.
Bagaimana dengan bekas bekas sekutu Infinatez yang lain? Seperti yang telah saya ceritakan diatas, Andi Ariffin kini sedang didalam persiapan untuk menerbitkan album sulungnya yang dijangka akan keluar tidak lama lagi disamping sibuk dengan kerjanya sebagai pencipta lagu dan penerbit. Hasil kerja beliau dapat dilihat didalam single pertama kumpulan vokal gadis-gadis iaitu Luscious, sekutu rapat Infinatez didalam Gangstar TV3 musim pertama untuk menentang The Lima dan kuncu kuncunya.
Syaiful Redzuan atau nama timang-timangan nya, Syai kini merupakan jurugambar freelance dan seringkali sibuk menguruskan AKAR bersama rakan rakan yang lain. AKAR merupakan aturcara bulanan yang memberi ruang kepada pengkarya-pengkarya seni bebas untuk mengenengahkan bakat mereka didalam seni yang termasuk nyanyian, pembacaan puisi dan sebagainya.
Amir Erwan pula kini sedang berusaha mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar IT dan kini bekerja disuatu tempat yang sangat misteri sehingga saya sendiri tidak tahu dimana lokasi tempat kerja beliau. Bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi dan semua yang membaca cerpen ini dijemput hadir.
saya rasa adalah mencukupi buat pembuka kata bagi blog infinatez 2010 ini. Semoga kita jumpa lagi didalam masa yang terdekat. Assalamualaikum.
Nor Hafeez Benign Nurul Hadi
Ampang.

0 comments:
Post a Comment