Ceritera Fahmie

Di sini kami Infinatez ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada orang kuat Infinatez selama 4 tahun penubuhannya encik abang fahmi dan isterinya kak alice setelah diijabkabulkan menjadi pasangan sumai isteri yang sah. Kami berdoa agar kedua-dua pengantin baru ini dimurahkan rezeki, diperbanyakkan zuriat dan dirahmati Allah sehingga ke anak cucu. Sesungguhnya pertemuan dua insan itu tersangat indah apatah lagi jika pertemuan itu disudahi dengan penyatuan yang diberkati. Selamat pengantin baru Abang Fahmi.

Abang fahmie juga telah meletakkan jawatannya sebagai pengurus Infinatez. Setelah hampir 4 tahun menggembeleng tenaga menjadi penggerak utama Infinatez, keputusan ini dibuat setelah difikir masak2. Kami percaya ianya merupakan permulaaan untuk beliau yg juga baru berumahtangga.Biarpun berat hati untuk melepaskan namun setiap yang bermula pasti ada kesudahannya. Kami menghormati keputusannya, kerana percaya dia akan terus membantu kami. 4 tahun bekerja bersama membuatkan persahabatan itu lebih bernilai dari segalanya.

Kami tetap anak2 nakal INF. As time goes by, we are still the same

Andy A. Merican

Infinatez

0 comments: