Infinatez in Sabah

Coverline Cemerlang

P.Ramlee the musical dah pun menutup tirainya. Banyak pengalaman yang kami timba. Tapi yang saya betul2 nak kongsi adalah pengalaman lawak atas pentas yang kami semua alami....begini ceritanya...

Rafiq- Pernah satu kali rafiq di atas stage lupa line dia. Waktu tu dah live show dah. Dia bukan sahaja lupa malah betul2 blur. Sedang dia membacakan skripnya tu tiba2 dia senyap plak. Memang takleh cover sebab muka dia pun muka sentap. Selamat Andy waktu tu cepat2 kaverline terbaek dengan mencounter skrip dia. Mujur Andy hafal skrip rafiq. Kalau tak naiya saja..

Shah- Nie lagi lawak. Teater nie sebenarnya terbahagi kepada dua part di mana di tengah2 cerita ader intermission supaya penonton boleh berehat dan pelakon boleh bersiap dengan pakaian dan costume utk babak 2. So bila nak ready utk babak dua, yang mana semua paparazzi dah pun berada atas stage, Shah takde. Puas kiorang cari mana Shah, cari kat semua tempat termasuk juga tandas, tapi dia takde. So kami terpaksa jalan tanpa Shah. Dahlah skrip dia panjang dan takde sapa ingat skrip dia. Rafiqlah terpaksa buat skrip sendiri.Nak tau apa
berlaku? Shah masih 'kat dressing room' leka tak perasan show dah start. Dia siap turun melenggang. Ya ampun....

Andy-Nie kes blur. Memang blur. Nie kes sama macam rafiq cuma agak kritikal sket. Tiba2 mamat nie lupa skrip dia. Dia ingat skrip scene lain. Dia punya lupa tu sampai tak ingat langsung. Dahlah gagap sebab nervous. Agak lama jugaklah. Yang paling best semua budak Paparazzi tak ingat line dia. Semua nak tolong tapi semua tak ingat. Nak tolong camana kan? Akhirnya dia main banti je soalan tu. Adusss!!!

Alvin- Nie kes konfident sangat. Berlaku di waktu last show. Dia nie confident kononnya dia takkan buat salah macam the rest of Paparazzi. So nak dijadikan citer last show dia buat hal. Dia bukan lupa skrip, tapi dia tak tau part tu dia patut cakap. Waktu time dia patut cakap he was being himself that is confidently smiling, not knowing it his time. So kitorang pun seperti biasa tolong kawan2 kaverline cemerlang. Lawak lawak....

Haa...nanti kalau ader season 2 kitorang share lagi what happened on stage. Till then. Salam dari kami

Infinatez.

Paparazzi!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih ada yang sudi membaca blog kami walaupun disebabkan oleh masa yang terhad, ia jarang dikemaskini. Kami amatlah sibuk dengan pementasan teater P.Ramlee The Musical yang sedang didalam pementasan di Istana Budaya sekarang. Seperti yang ramai sedia maklum kami memegang watak Paparazzi disamping pendokong pendokong yang sangat hebat seperti Sean Ghazi, Liza Hanim, Datuk Siti Nurhaliza, Atilia, Melissa Saila dan ramai lagi. Kami dapat tahu bahawa tiket juga sudah Sold Out! Alhamdulillah.

Insya Allah selepas dari pementasan ini, boleh la pula melihat kami di pentas nyanyian pula. Disamping itu kami juga sempat mencuri masa untuk merakam lagu original kami yang sudahpun 90% siap. Lagu tersebut merupakan lagu yang dicipta seratus peratus oleh Infinatez dimana Andy bertindak sebagai komposer utama malah menggalas tugas sebagai produser buat kali pertamanya. Ia dirakam di studio yang pernah bertanggung jawab mengeluarkan produk produk hebat dari Innuendo, VE, Ruffedge, Raihan dan banyak lagi iaitu Platinum Studios dibawah seliaan jurutera bunyi yang tidak asing lagi iaitu Illegal. Insya Allah lagu tersebut akan berputar dicorong corong radio tidak lama lagi. Semoga ia mendapat sambutan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua sahabat sahabat dan para pengunjung setia Blog ini.